REKAREKA ?


Rekareka adalah satu laman web berupa blog ataupun lebih kepada majalah atas talian yang terisi dengan cerita cerita berkaitan rekaan grafik, rekaan senibina, aplikasi peranti pintar, perisian komputer, teknologi baru dan juga laman web menarik yang sentiasa bercambah dalam ruang Internet.

Rekareka menumpukan kaedah penulisannya terhadap cara penggunaan dan mempromosi apa apa sahaja produk baru atau kontemporari yang termasuk dalam ruang lingkup yang disebutkan di atas, yang mempunyai rekaan yang baik dari segi perisian mahupun perkakasannya.

Mengapa rekareka? Reka dalam Bahasa Malaysia memberi maksud mencipta, mencorak sesuatu yang baru daripada sumber sedia ada disekeliling kita. Oleh sebab itu, untuk berkongsi inspirasi bersama pembaca adalah matlamat utama Rekareka.

Rekareka dimuatkan ke atas talian pada bulan Oktober 2013 di Kuala Lumpur, Malaysia oleh Nurfaiz Foat.

Sebarang pertanyaan, kolaborasi dan cadangan, bolehlah terus diemelkan kepada faiz[at]nrfz.org atau SMS-kan terus kepada +6017 682 7605.


|