Selasa, 9 September 2014

SENI REKA - Marc Newson. Pereka Industri Terkenal Kini Bersama Apple

Persaingan industri teknologi kini semakin pesat terutamanya dalam segmen kepenggunaan massa seperti peranti pintar, komputer riba dan juga peranti boleh pakai. Sebagai sebuah entiti ternama dalam industri ini. Apple mengorak selangkah kehadapan apabila mereka mengumumkan bahawa Marc Newson (salah seorang pereka industri terkenal dunia) telah pun kini bersama mereka.



Untuk pengetahuan anda, Newson bukanlah suatu nama asing lagi dalam komuniti pereka industri semasa. Bahkan, beliau adalah teman rapat kepada Jonathan Ive yang mana Rekareka rasa anda juga kenal akan nama ini.

Seperti Ive, penyertaan Newson sebagai anggota baru dalam kumpulan Apple dijangka bakal menyumbang kepada idea idea rekaan baru untuk produk Apple yang akan datang. Seperti kebiasaannya, seorang pereka terkenal pasti mempunyai identiti mereka sendiri dalam semua hasil kerja peribadi mereka.

Untuk memberikan sedikit klu tentang rekaan apa yang Newson mungkin ketengahkan kepada Apple kelak. Dalam artikel kali ini, Rekareka ingin berkongsi dengan anda beberapa hasil kerja Newson yang beliau pernah hasilkan.

MARC NEWSON

Astrium Space Jet

Set Bilik Mandi oleh Caroma

Bumper Bed oleh Marc Newson dan Domeau & Peres

Bungkusan champagne Dom Perignon

Jam Tangan siri Ikepod

Pentax K-01

Kasut NIKE Zvezdochka

SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|