Selasa, 9 September 2014

SENI REKA - Marc Newson. Pereka Industri Terkenal Kini Bersama Apple

Persaingan industri teknologi kini semakin pesat terutamanya dalam segmen kepenggunaan massa seperti peranti pintar, komputer riba dan juga peranti boleh pakai. Sebagai sebuah entiti ternama dalam industri ini. Apple mengorak selangkah kehadapan apabila mereka mengumumkan bahawa Marc Newson (salah seorang pereka industri terkenal dunia) telah pun kini bersama mereka.



Untuk pengetahuan anda, Newson bukanlah suatu nama asing lagi dalam komuniti pereka industri semasa. Bahkan, beliau adalah teman rapat kepada Jonathan Ive yang mana Rekareka rasa anda juga kenal akan nama ini.

Seperti Ive, penyertaan Newson sebagai anggota baru dalam kumpulan Apple dijangka bakal menyumbang kepada idea idea rekaan baru untuk produk Apple yang akan datang. Seperti kebiasaannya, seorang pereka terkenal pasti mempunyai identiti mereka sendiri dalam semua hasil kerja peribadi mereka.

Untuk memberikan sedikit klu tentang rekaan apa yang Newson mungkin ketengahkan kepada Apple kelak. Dalam artikel kali ini, Rekareka ingin berkongsi dengan anda beberapa hasil kerja Newson yang beliau pernah hasilkan.

MARC NEWSON

Astrium Space Jet

Set Bilik Mandi oleh Caroma

Bumper Bed oleh Marc Newson dan Domeau & Peres

Bungkusan champagne Dom Perignon

Jam Tangan siri Ikepod

Pentax K-01

Kasut NIKE Zvezdochka

SUMBER

Isnin, 8 September 2014

SENI REKA - 10 Aplikasi Android yang Mempunyai UI Terbaik 2014

Selepas Google mengumumkan kemas kini terbaru akan datang bagi versi Android L tidak beberapa lama dulu. Banyak aplikasi popular sedia ada di Google Play telah mula mengambil inisiatif untuk menggunapakai Material Design dalam kemas kini UI aplikasi mereka.

Walaupun Material Design tidak sepenuhnya lagi diwajibkan sebagai kriteria utama untuk sesebuah aplikasi itu tersenarai dalam Google Play. Namun bagi membolehkan para pembangun membuat telahan awal. Google telah menyediakan satu laman khusus bagi rujukan elemen UI tersebut. (Material Design - L Developer Preview).

Boleh dikatakan dengan hadirnya Material Design. UI Android kini dilihat semakin matang dan berupaya mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan OS peranti pintar. Artikel pada hari ini akan berkongsi dengan anda, 10 aplikasi Android yang mempunyai UI terbaik bagi tahun 2014.

GOGOBOT


VIVINO
YAHOO NEWS DIGEST


FLIGHTRACK 5


FIFA

LUMOSITY


SPOTIFY

DUOLINGO


SERIESGUIDE

AIRBNB

SUMBER

|