Selasa, 12 Ogos 2014

SENI REKA - Skully. Topi Keledar Pintar semacam Helmet Jet Pejuang

Mungkin semasa anda berada di zaman sekolah rendah dahulu, natijah daripada menyaksikan telemovie Airwolf ataupun Ultraman. Anda pernah mengimpikan untuk memakai helmet yang dilengkapi dengan skrin pintar di dalamnya. Terima kasih kepada teknologi semasa, angan angan anda itu, kini sudah pun terjawab dengan hadirnya Skully. Sebuah topi keledar pintar yang pertama dikeluarkan secara komersial kepada umum.







Disirikan sebagai Skully versi SR-1. Topi keledar yang berbentuk seperti helmet juruterbang jet pejuang ini bukan sahaja berfungsi seperti topi keledar biasa, (melindungi penunggang motorsikal) malah ia mempunyai ciri ciri pintar lain yang tidak ada pada peranti lain dalam pasaran.

Antara ciri tersebut adalah seperti; paparan unit kepala pada cermin visor (HUD Display), kamera pandang belakang 180 darjah dan juga fungsi panduan arah GPS. Untuk pengetahuan anda, semua fungsi tadi akan sepenuhnya dipaparkan pada HUD topi keledar tersebut.

Selain daripada itu, bagi menambahkan ciri keselamatan sedia ada, visor Skully dilapisi dengan lapisan tahan calar, tahan silau dan juga tahan kabus bagi menjamin tunggangan yang selesa dalam apa jua keadaan cuaca.

Menurut syarikat yang menggelarkan diri mereka sebagai Skully System ini lagi. Skully boleh berhubung dengan telefon pintar anda melalui Bluetooth bagi memaparkan sebarang notifikasi penting semasa anda menunggang motorsikal.

Manakala, bagi fungsi GPS pula, ia akan menggunakan pelan data telefon anda untuk mendapatkan capaian internet apabila diperlukan. Bagi kawasan yang tidak ada rangkaian mudah alih, Skully masih mampu menjadi GPS anda dengan menggunapakai maklumat peta yang sudah sedia ada dimuat naik ke dalamnya.

Buat masa ini, hanya fungsi fungsi seperti GPS, telefon dan juga pemain muzik sahaja yang ada pada Skully. Namun begitu, dengan kemampuan perkakasan elektronik serta akses SDK kepada para pembangun kelak. Skully dijangka bakal hadir dengan lebih banyak pilihan aplikasi pihak ketiga.

Dari segi keselamatan serta kualiti buatannya pula, Skully sudah pun disahkan kualitinya dengan mematuhi piawaian DOT (Jabatan Pengangkutan Jalan USA) dan juga piawaian yang disyorkan daripada Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).


Dijual dengan harga RM4,500 seunit dalam dua varian warna, Skully bukanlah sebuah topi keledar yang murah jika dibandingkan dengan jenama yang lain. Tetapi jika anda seseorang yang gemarkan motorsikal dan juga sistem teknologi baharu, Skully mungkin menarik perhatian anda.

SKULLY | Indiegogo



SUMBER


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|