Ahad, 17 Ogos 2014

SENI REKA - Navdy. Pandu Kereta anda Seperti Seorang Juruterbang!

Dalam artikel yang lepas, Rekareka ada berkongsi perihal Skully. Iaitu sebuah topi keledar yang dilengkapi dengan visor papar pandu (HUD) yang memaparkan panduan GPS, panggilan telefon dan juga fungsi kawalan muzik langsung dari telefon kepada helmet anda.



Pada artikel kali ini pula, Rekareka ingin memperkenalkan Navdy. Sebuah alat pintar yang boleh menjadi pembantu setia anda bagi menumpukan perhatian semasa memandu.

Untuk pengetahuan anda, konsep papar pandu ini bukanlah sesuatu yang baru dalam arena automotif dimana sebelum ini pihak Land Rover sendiri pernah hadir dengan prototaip mereka yang digelar sebagai Discovery Vision (Rekareka ada menulis perihalnya pada bulan April dahulu). Namun begitu, pengenalan teknologi tersebut hanya mengehadkan penggunaannya pada kereta buatan mereka sahaja.




Bagi membolehkan pengalaman memandu yang lebih efektif, murah dan meluas. Navdy telah direka supaya bersaiz kecil dan mudah untuk dipindahkan ke mana mana sahaja kereta yang anda pandu. Paparannya yang bersaiz 5 inci itu akan memaparkan panduan GPS, fungsi kawalan panggilan telefon, fungsi SMS dan juga fungsi Twitter semasa memandu.

Menggunakan alat pancaran projektor mikro yang berkualiti tinggi. Paparan yang dipancarkan kepada skrin amat jelas walaupun ketika waktu siang. Seperti biasa, alat alat sebegini direka supaya menggunapakai sebaik baiknya teknologi Bluetooth 4.0 yang terdapat pada telefon pintar anda. Maka sebarang notifikasi yang masuk akan terus dipaparkan kepada skrin Navdy.

Apa yang menarik, Navdy bukanlah dikawal melalui sentuhan seperti gajet pintar yang lain, tetapi ia dikawal melalui kawalan suara dan juga kawalan gerakan tangan pengguna. Maka ini membolehkan pengguna memberikan tumpuan penuh semasa pemanduan.



Selain daripada itu, bagi memaparkan fungsi tolok halaju kereta, RPM dan juga tolok minyak. Navdy boleh dipadankan terus kepada sistem OBDII  kereta yang memang sudah disediakan oleh pengeluar kereta pasca tahun 1996. Jadi bolehlah dikatakan, Navdy mampu berfungsi dengan baik dengan semua jenis kereta yang ada kini.

Dijual dengan harga USD$299 (RM950) seunit, Navdy dilaporkan sudah pun mencecah nilai pesanan sebanyak USD$1,000 000 ketika artikel ini ditulis. Menurut mereka lagi, sudah ada beberapa pengeluar OEM kereta yang menghubungi mereka dan menyatakan minat untuk pengintergrasian penuh Navdy kepada sistem kereta baru mereka.

Menarik bukan, seolah olah memandu kereta di masa depan!

NAVDY | Twitter | Facebook



SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|