Isnin, 18 Ogos 2014

SENI REKA - MIUI 6. Olahan Android oleh Xiaomi. Seakan akan iOS7

Maklum bagi peminat Android seantero dunia yang sentiasa mengikuti perkembangan sistem operasi ini sejak 2007. Antara ROM yang terawal dan yang paling banyak UI-nya diubah berlainan daripada UI asal Android adalah MIUI. Dibangunkan oleh Xiaomi dan disokong oleh ribuan komuniti aktif mereka. MIUI nampaknya semakin matang saban tahun dengan beberapa hari lepas, MIUI 6 telah pun diluncurkan.



Bagi anda yang baru mengenali nama unik ini. MIUI adalah sebuah antaramuka pengguna yang melapisi sistem operasi Android biasa bagi semua peranti pintar keluaran Xiaomi. Menjadi salah satu nama besar di negara Tembok Besar itu, Xiaomi bolehlah dikatakan sebagai Apple China dimana mereka amat terkenal dengan pengenalan peranti peranti pintar yang bermotifkan minimal, ringkas dan "less is more".




Menurut Xiaomi, MIUI 6 direka supaya kelihatan lebih kemas dan futuristik, selari dengan trend UI semasa yang Rekareka rasa anda semua pun tahu. Berbanding kemas kini versi sebelum ini, nampaknya MIUI 6 menampilkan perubahan total kepada UI sedia ada, di mana beberapa perubahan UI yang ketara dapat dilihat pada fungsi notifikasi serta penggunaan skema warna pastel yang menyeluruh.



Versi beta MIUI 6 sudah pun boleh dimuat turun bagi mereka yang berminat untuk mencubanya. Tambah Xiaomi lagi, semua model keluaran mereka yang dijual semasa bulan Oktober ini akan sedia ada dimuatkan dengan MIUI 6.



Untuk pengetahuan anda, selain daripada menjadi antara jenama yang pantas dan maju berkembang di negara China. Xiaomi juga bercita cita untuk menjengah ke pasaran Amerika Syarikat menjelang tahun hadapan.

MIUI 6




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|