Isnin, 4 Ogos 2014

SENI REKA - Konsep UI dan UX Material Design Google pada Instagram

Beberapa minggu lepas, sejurus Google mengumumkan konsep antaramuka UI dan UX Android terbaru mereka yang digelar Material Design. Rekareka ada membawakan artikel rumusan berkenaan dengannya. Namun begitu, sehingga ke hari ini, hanya Google Play Store sahaja yang telah diberikan kemas kini antaramuka tersebut.



Seperti yang anda juga tahu, disebabkan efek animasi Material Design hampir menyerupai efek nyata pada alam fizikal, maka ia amat dinanti nantikan oleh para pengguna tegar Android di serata dunia. Walaupun dikhabarkan versi penuh bagi Android Material Design hanya akan diluncurkan pada hujung tahun ini, namun sudah banyak pereka kreatif yang mula menghasilkan olahan mereka sendiri.

Seorang pereka kreatif bernama Emmanuel Pacamalan telah pun membuat satu video konsep Material Design dengan menggunakan kemahirannya dalam Adobe After Effects. Aplikasi yang beliau olah itu pula adalah aplikasi popular fotografi sosial iaitu Instagram. Semua konsep efek UI dan UX yang dipaparkan dalam video tersebut adalah sepenuhnya mematuhi panduan rekaan yang telah Google terbitkan tempoh hari.

Persoalannya kini, adakah pihak pembangun di Instagram akan menggunapaki konsep yang cuba diketengahkan oleh Emmanuel? Sama sama kita nantikan.

INSTAGRAM ON MATERIAL DESIGN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|