Sabtu, 9 Ogos 2014

SENI REKA - Inspirasi Hala Tuju Rekaan Grafik bagi Kempen Obama 2012

Matt Ipcar adalah seorang pereka kreatif utama dalam menentukan hala tuju konsep rekaan grafik bagi kempen pemilihan Presiden Obama pada tahun 2012. Hala tuju rekaan grafik di sini memberi maksud bahawa, segala konsep dan tema yang ditentukan haruslah saling berkait antara satu sama lain. Ini termasuklah penggunaan menyeluruh jenis mukataip (typeface), skema warna dan juga saiz logo kepada semua bahan kempen seperti kain rentang, kemeja-T, sepanduk dan juga poster.


Semasa kempen pemilihan Presiden Obama 2012, Matt Ipcar bekerja dibawah sebuah syarikat pereka kreatif Blue State Digital yang bertanggungjawab untuk mereka logo Obama-Biden yang mana, Rekareka rasa anda juga pernah lihat akannya tidak lama dahulu.

Apa yang menarik, ketelitian mereka dalam membuat keputusan bagi segala perincian yang kita bincangkan di atas telah menghasilkan suatu hala tuju kempen yang begitu sofistikated, jauh meninggalkan kempen calon presiden yang lain. Ini dapat memberikan suatu pandangan dan tanggapan umum yang baik terhadap jentera kempen mereka.



Dalam negara kita, semasa PRU13 yang lepas, nampaknya ada perubahan yang memberangsangkan dalam hala tuju rekaan grafik kempen politik masing masing. Mungkin pada kempen PRU akan datang pula, standard ini akan bertambah baik setanding dengan kempen di negara maju yang lain.

SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|