Selasa, 12 Ogos 2014

SENI REKA - Foursquare. Disebalik Identiti dan Antaramuka Baharu

Suatu ketika tidak lama dahulu, semasa aplikasi ini mula mula diluncurkan. Foursquare sememangnya mendapat sambutan hangat daripada kalangan pengguna telefon pintar. Jika anda perasan, mungkin anda atau teman teman rapat anda sendiri amat menggila gilakan "lencana" yang akan diperoleh apabila anda "check in" pada sesuatu lokasi untuk beberapa kali.



Namun begitu, belakangan ini, sambutan terhadap aplikasi Foursquare agak merudum dan kurang popular. Mungkin akibat daripada kebosanan para pengguna aplikasi tersebut setelah sekian lama menggunakannya. Selain itu, disamping daripada lencana ataupun mata yang boleh anda kumpul, tidak ada perkara unik baru lain yang ditawarkan Foursquare.



Menyedari hal ini, pihak pembangun Foursquare mula membincangkan secara serius hala tuju syarikat dan aplikasi mereka untuk terus kekal relevan. Maka, beberapa minggu lepas, Swarm telah diluncurkan sebagai suatu aplikasi lain yang lebih khusus dan berperanan sebagai aplikasi "check in' sosial. Manakala Foursquare pula kekal sebagai aplikasi yang menawarkan tips dan informasi berkenaan sesuatu lokasi dengan lebih terperinci dan personal.

Bagi mendapatkan elemen identiti baru dan terpisah daripada apa yang mereka ada dalam versi aplikasi yang lepas. Foursquare telah memperkenalkan elemen antaramuka baharu yang sama sekali berbeza dengan yang sebelumnya. Menurut mereka, logo yang baru ini adalah gabungan idea daripada pin peta dan juga tanda lambang superhero yang mana mencerminkan hala tuju dan visi baru aplikasi ini.

Selain daripada pengenalan antaramuka baru, cara penggunaan ataupun UX aplikasi ini juga telah berubah. Foursquare yang mana sebelum ini lebih bersifat statik kini telah pun diubah supaya kelihatan personal, bergantung kepada watak, lokasi dan informasi yang dikehendaki oleh pengguna.

Untuk pengetahuan anda, bagi mejayakan hala tuju baharu mereka ini. Foursquare dan Swarm telah menggunapakai data daripada 50,000,000 pengguna tegar mereka untuk membolehkan padanan dua aplikasi ini menjadi padanan aplikasi enjin carian setempat yang lebih personal, menyeluruh dan terkehadapan.

Mungkin selepas ini, jika anda melancong ke negara Eropah semasa cuti hujung tahun anda, dan anda inginkan Superhero yang boleh membantu. Foursquare adalah jawapannya.

FOURSQUARE BAHARU 
iOS | Android




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|