Sabtu, 30 Ogos 2014

SENI REKA - 4 Iklan Merdeka Terbaik 2014

Setiap tahun, tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat yang tentu sekali diingati oleh semua rakyat Malaysia, tidak kira apa bangsa dan agama mereka. Ia menjadi lambang kemenangan kepada perjuangan generasi generasi sebelum kita, yang hidup dalam cengkaman penjajah selama ratusan tahun.


Bagi menyambung legasi negara supaya terus utuh dan sempurna. Kita perlu terus bersatu padu dalam merencana perubahan dan hala tuju negara ini tanpa melupakan sejarah yang pernah mencorakkan identiti kita.

Perselisihan faham dan masa masa genting itu kadangkala amat perit untuk dikenang. Namun bagi mencapai pembentukkan negara yang ideal kelak. Semua ini adalah termasuk dalam proses proses yang harus kita lalui.

Iklan TV (kini Youtube dan Facebook) sememangnya merupakan satu medium yang efektif untuk berkongsi aspirasi seperti ini. Setiap tahun, iklan Merdeka pasti dinantikan oleh semua lapisan masyarakat yang mana jika kita hayati, ia sedikit sebanyak merupakan cerminan identiti kita sebagai rakyat Malaysia.

Selamat menyambut hari Kemerdekaan kita yang ke 57. Merdeka!

PETRONAS - A Walk Through Time



MAS - Terbang, a Malaysian Story



DiGi - Malaysia, We are Family



MAXIS - It’s OK. We’re Family




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|