Khamis, 7 Ogos 2014

PERISIAN - Pinterest Memperkenalkan fungsi Mesej pada Aplikasi Mudah Alihnya

Beberapa jam lepas, Pinterest baharu sahaja mengumumkan kemas kini terbaru bagi aplikasi mudah alih mereka. Jika anda pengguna tegar Pinterest, pasti anda ketahui bahawa laman web ini mampu membantu anda mencari inspirasi dalam apa jua bidang yang dicari. Baik dalam versi penuh ataupun versi perisian mudah alih.



Setiap hari, hampir dua juta Pin saling dikongsikan diantara para pengguna Pinterest. Daripada jumlah pin pin itu, ia merangkumi pelbagai idea seperti koleksi resipi, contoh rekaan dan juga inspirasi seni bina. Oleh hal yang demikian, bagi memudahkan para penggunanya, Pinterest telah mengambil keputusan bagi menambah fungsi mesej semacam WhatsApp dalam aplikasi mereka sendiri.

Apa yang menarik, fungsi ini membolehkan anda berkongsi pin dengan dua atau tiga orang secara serentak. Misalnya, jika pada hujung minggu ini anda mempunyai perancangan untuk memasak bersama sama keluarga di kampung, maka anda boleh menghantar pin koleksi resipi pilihan kepada adik beradik anda, dan dalam masa yang sama dapat berinteraksi bersama mereka.

Menurut Pinterest, mereka berharap dengan fungsi baru ini, idea anda lebih mudah untuk dikongsikan bersama rakan rakan, dan tidak mustahil ia boleh direalisasikan dengan segera.

PINTEREST MESSAGING FUNCTION



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|