Jumaat, 11 Julai 2014

WEB - 11 Pilihan Laman Web Seni Kreatif & Visual Untuk Inspirasi anda Setiap Hari

Pada masa kini, Internet sememangnya merupakan perpustakaan terbesar yang pernah wujud dalam pengetahuan manusia. Galeri seni, kolesi peristiwa, kerja kreatif, ensiklopedia, nota sejarah dan kajian sains sentiasa dimuat naik saban hari ke dalam Internet.


Namun begitu, sebagai seorang yang gemarkan ilmu ilmu kreatif seperti ini, anda pasti tercari cari, laman web apakah yang paling banyak mengumpulkan topik topik tadi secara kolektif dan boleh dirujuk secara teratur.

Seperti satu koleksi buku nota. Pada artikel kali ini, Rekareka ingin berkongsi 11 pilihan laman web yang mampu memberikan anda inspirasi setiap pagi sejurus apabila komputer anda dibuka.

NIICE - A SEARCH ENGINE WITH TASTE
Niice adalah satu laman enjin carian web yang berorientasikan grafik dan visual. Jika anda mahukan permulaan idea idea baru dengan segera. Niice mungkin apa yang anda cari.

DRAGDIS
Kadangkala, apabila terlalu banyak sumber idea yang anda jumpa dalam Internet. Apa yang paling menyusahkan adalah tugasan bagi mencatat idea tersebut ke dalam buku nota. Dengan adanya Dragdis, semuanya dipermudahkan untuk anda.

PANDA
Bagi membolehkan anda sentiasa berada dihadapan. Terutamanya dalam berita dan trend terkini dalam industri seni grafik. Panda ada menawarkan plugin khusus bagi Google Chrome, atau secara mudahnya. Ia boleh dilayari terus sebagai laman web.

DESIGNINSPIRATION
Designinspiration lebih kepada carian inspirasi seni visual dan grafik secara rawak. Laman web ini mampu menghilangkan kebosanan pagi anda disamping mencambah idea bernas untuk tugasan seharian.

DRIBBLE
Bukanlah satu nama yang asing lagi. Dribble merupakan satu laman web yang memaparkan hasil kerja para pereka kreatif dalam bentuk grid. Jika anda mahu tahu akan trend dan musim terbaru dalam industri kreatif. Cuba layari Dribble.

BEHANCE
Lebih kepada laman web bagi para kreatif untuk memaparkan portfolio mereka. Behance kini sudah dipunyai oleh Adobe. Jika anda mahu mencari inspirasi bagi rekaan grafik ataupun produk ciptaan anda. Behance adalah jawapannya.

PINTEREST
Bermula daripada idea untuk menghias rumah sehinggalah kepada tutorial untuk mereka alat pembesar suara janaan Bluetooth. Pinterest merupakan salah satu laman web terbaik bagi golongan kreatif. Tambahan pula, ia juga boleh menjadikannya sebagai buku nota virtual anda!

WIKIPEDIA
Sejak diluncurkan. Wikipedia telah banyak membantu generasi Y, terutamanya dalam menyiapkan tugasan di sekolah mahupun di Universiti. Padat dengan maklumat yang disumbangkan oleh komunitinya. Anda boleh membaca apa apa sejarah mahupun berita terkini di sini.

INDIEGOGO & KICKSTARTER
Secara khususnya. Dua laman web ini bukanlah laman web khusus bagi melakukan rujukan. Tetapi disebabkan ia dipenuhi dengan idea idea produk kreatif dari seluruh dunia. Maka tidak hairanlah, ramai daripada para pereka kreatif yang lain menjadikan dua laman web pendanaan khalayak popular ini sebagai tempat mencari idea.

SITEINSPIRE 
Mengumpulkan rekaan terbaik dalam dunia Internet secara amnya. Siteinspire merupakan salah satu laman web terbaik jika anda mencari inspirasi dalam rekaan web dan juga seni visual.

HTTPSTER
Antara nama baru dalam dunia Internet. Httpster mengumpulkan idea idea kreatif secara kolektif dalam bentuk grid dan pengekelasan kategori yang teratur. Jika anda mahu menjadi orang yang pertama tahu akan trend di Internet. Laman web ini untuk anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|