Khamis, 3 Julai 2014

SENI REKA - The Vessyl. Mug Pintar yang Merekod Minuman anda Setiap Hari

Rutin harian kita yang bekerja setiap hari pasti sibuk dengan tugasan yang diberikan. Maka, makanan dan minuman yang kita ambil, selalunya hanya dibeli di kedai ataupun di pasaraya bagi menjimatkan masa. Amalan ini menyebabkan kita sukar untuk merangka khasiat nutrisi makanan dan minuman kita.




Dengan adanya Internet pada hari ini. Kesedaran terhadap pengambilan nutrisi makanan yang baik semakin meningkat. Namun begitu, tanpa penelitian dan pengetahuan tentang maklumat nutrisi yang ada di belakang kotak bungkusan, sejauh mana anda pasti makanan yang dibeli itu baik untuk anda? Sebagai contoh, walaupun karbohidrat dan gula itu bagus untuk badan kita, tetapi berapa banyak yang perlu kita ambil setiap hari?

Sebuah syarikat teknologi yang menggelarkan diri mereka Mark One, telah hadir dengan rekaan mereka yang amat unik. Memperkenalkan The Vessyl, sebuah mug minuman yang mempunyai kebolehan untuk memberitahu anda kandungan minuman yang dituang kedalamnya.





Secara terperinci, Vessyl akan memberitahu anda minuman apakah yang anda isi ke dalamnya. Katakan, anda menuang kopi yang baru dibancuh. Vessyl akan melakukan analisa secara automatik dan akan memaparkan perkataan "Coffee" dan maklumat nutrisi yang lain seperti jumlah kalori, jumlah kandungan gula dan juga kaffein.

Untuk pengetahuan anda, Vessyl juga boleh merekodkan kandungan hidrasi dan jumlah tenaga yang diambil anda setiap hari. Dengan maklumat ini, ia boleh memberitahu anda pada waktu waktu tertentu jika anda perlu untuk minum melalui paparan skrin LED yang ada dibadannya.

Semua maklumat minuman tadi seterusnya akan diselaraskan kepada telefon pintar melalui sambungan Bluetooth 4.0 bagi tujuan rujukan dan rekod. Penyelarasan ini dilakukan menggunakan aplikasi iOS dan Android yang disertakan sekali.


Apa yang menarik, rekaan mug pintar ini tampak futuristik dengan kemasan warna warna pilihan yang pelbagai dan minimal. Dengan sekali caj sahaja, Vessyl mampu bertahan selama 5 hari sebelum ia perlu dicaj semula. Oh ya, Vessyl boleh digunakan bagi minuman sejuk ataupun panas tanpa sebarang masalah.

THE VESSYL



Rujukan: Abduzeedo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|