Isnin, 14 Julai 2014

SENI BINA - Masjid Sancaklar di Istanbul. Dibina Di Bawah Tanah atas Inspirasi Gua Hira'

Terletak dalam daerah Buyukcekmece, Istanbul. Masjid yang diberi nama Sancaklar ini telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan World Architecture Fest bagi kategori tempat ibadat terbaik. Baru sahaja dirasmikan pada bulan Januari yang lepas. Masjid Sancaklar ini amat berbeza rekaannya jika dibandingkan dengan seni bina masjid yang ada di tempat lain. Hal ini kerana, semasa fasa rekaan awalnya dahulu, ia telah direka dengan mengambil kira elemen sejarah yang pernah berlaku dalam dunia Islam.



Dibina dengan kedalaman 7 meter di bawah tanah. Masjid ini diinspirasikan daripada bentuk fizikal Gua Hira' yang terletak di Makkah. Untuk pengetahuan anda, Gua Hira' merupakan tempat dimana baginda Rasulullah SAW menerima wahyu pertama daripada Malaikat Jibril AS.

Menjadi masjid pertama di dunia yang mempunyai hampir keseluruhan struktur binaannya terletak di bawah permukaan tanah. Masjid ini direka oleh seorang arkitek terkenal Turki bernama Emre Erolat.

Untuk pengetahuan anda, dengan keluasan 1,200 meter persegi, masjid ini mampu memuatkan 650 jemaah pada satu satu masa. Selain daripada itu, sistem pencahayaannya pula banyak menggunakan cahaya matahari pada waktu siang, manakala pada waktu malam pula. Lampu yang berbentuk garisan minmal akan menerangi ruang ibadah masjid ini.

Apa yang menarik, ciri ciri binaannya dilihat berjaya menggabungkan elemen seni bina Seljuk dengan elemen seni bina Empayar Uthmaniah dengan baik. Lihatlah saja susunan batu pada kawasan lanskap luar masjid ini yang tampak seperti era pertengahan tetapi kemas dan teratur.

Jika anda mempunyai perancangan untuk ke Turki kelak. Mungkin anda perlu menambah Masjid Sancaklar sebagai salah satu lokasi yang anda perlu lawati untuk bersembahyang sunat tahiyatul masjid.

MASJID SANCAKLAR
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|