Rabu, 9 Julai 2014

SENI BINA - 15 Inspirasi Hiasan Dalaman SOHO yang Menarik!

Ramai daripada kita menyewa ruang bilik dalam sesebuah rumah untuk dijadikan sebagai tempat berehat sebaik sahaja pulang dari pejabat. Terutamanya mereka yang baharu sahaja melangkah ke alam pekerjaan dan masih tidak berkeluarga .

Kadangkala susun atur bilik yang kemas dapat mengoptimumkan tahap produktiviti kita sehari hari. Tambahan lagi apabila penat bekerja dapat dihilangkan dengan pilihan perabot yang baik. Tentu pada waktu sebelah malamnya, kita mampu untuk melakukan kerja sambilan yang lain (terutamanya kerja kerja yang melibatkan penggunaan komputer).



Pada artikel kali ini, Rekareka ingin berkongsi, 15 inspirasi hiasan dalaman SOHO (Small Office, Home Office) yang anda boleh ikuti sebagai langkah pertama dalam menghias bilik anda. Cuma, sedikit tips daripada kami. Tidak semestinya anda perlu mengeluarkan belanja yang banyak bagi mendapatkan rekaan yang baik seperti gambar berikut, tetapi cukup sahaja dengan kreativiti dan kemasan yang ringkas. Selamat mencuba!

Lihat juga siri pertama sebelum ini -  50 Inspirasi Hiasan Dalaman Stesen Kerja Yang Menarik



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|