Khamis, 17 Julai 2014

PERISIAN - 5 Aplikasi Fotografi Terbaik Android bagi Separuh Pertama 2014

Kebanjiran telefon pintar dalam pasaran semasa, terutamanya yang dijanakan Android OS menyebabkan persaingan kualiti dan harga semakin sengit. Hal ini tentulah memberi kebaikan kepada pengguna supaya dapat membuat pilihan yang lebih baik berdasarkan kemampuan masing masing.



Dalam banyak banyak siri telefon pintar Android. Beberapa model terulung yang selalunya berharga atas RM1000. Mempunyai kualiti kamera yang amat baik setanding dengan siri iPhone daripada Apple. Antara model tersebut adalah, Samsung Galaxy S4, LG G2, HTC One M7 dan juga Oppo Find 7.

Terdapat banyak aplikasi fotografi yang anda boleh peroleh dari Google Play Store. Namun begitu, tidak banyak daripada aplikasi tersebut yang mempunyai kualiti yang baik bagi mengolah kemampuan maksimum kamera telefon anda.

Dalam artikel kali ini, Rekareka ingin berkongsi dengan anda 5 buah aplikasi fotografi terbaik bagi separuh pertama 2014.

VSCO CAM



Boleh dikatakan aplikasi ini merupakan aplikasi professional terbaik untuk jurugambar yang menggunakan telefon Android. Pelbagai kesan efek fotografi ditawarkan secara percuma dalam aplikasi ini. Namun begitu, jika anda mahukan tambahan pilihan variasi sedia ada. Efek efek tersebut dapat dibeli dengan harga berpatutan.

CAMERA ZOOM FX



Time laspe, burst mode merupakan antara fungsi yang ada pada aplikasi ini. Ini membuatkan ia mempunyai ciri lain yang unik daripada aplikasi yang lain. Dengan fungsi tersebut, anda dapat memaksimumkan penggunaan kamera telefon Android anda dengan lebih optimum. Aplikasi ini dijual dengan harga RM9.99.

RETRICA



Jika anda gemarkan efek retro, aplikasi ini menawarkan hampir 80 kesan efek fotografi secara percuma. Walaupun ianya bukanlah antara yang terbaik, tetapi rekaan antaramukanya yang kemas dan teratur membuatkan ia lebih mudah untuk digunakan.

PICLAB



Satu ketika dulu, ramai daripada kita gemar meletakkan ayat atau perkataan di dalam gambar sebelum memuat naik ia di Instagram. Bagi mendapatkan tema rekaan tulisan yang unik, tiada aplikasi lain yang setanding dengan Pic Lab. Dengan memuat turun versi penuh, anda boleh melakukan hampir keseluruhan suntingan manual kepada gambar anda.

PHOTOSHOP TOUCH



Jika anda seorang pengguna tegar Adobe Photoshop, pasti anda merasakan aplikasi aplikasi di atas terlalu mudah untuk digunakan oleh seorang yang pakar seperti anda. Oleh sebab itu, bagi mendapatkan kawalan penuh dalam menyunting gambar anda. Adobe Photoshop Touch merupakan pilihan yang terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|