Khamis, 5 Jun 2014

SENI REKA - Watch Dogs. Permainan Video yang Mempunyai Rekaan UI Yang Amat Teliti

Permainan video masa kini boleh dikatakan semakin baik dari segenap segi. Dengan kemampuan perkakasan komputer yang ada dalam industri sekarang, permainan video boleh dibangunkan dengan pacuan enjin enjin fizik 3D yang memberikan efek realistik kepada cara permainannya.



Namun begitu, dalam banyak banyak permainan video yang pernah anda mainkan. Pernah tak anda melakukan penelitian terhadap perincian perincian penting yang ada dalam permainan video tersebut?

Permainan video terbaru Watch Dogs yang baru diluncurkan beberapa hari lalu mempunyai perincian rekaan UI yang amat teliti. Malah, lebih teliti daripada permainan permainan video lain yang popular sebelum ini (Crysis, Battlefield 4 dan juga Mass Effect 3).



Direka dengan menitikberatkan unsur unsur ketelitian. Rekaan UI Permainan video Watch Dogs ini, telah dihasilkan oleh sekumpulan 25 orang pereka grafik di Ubisoft yang diketuai oleh Alexander Karpazis. Bermula daripada paparan antaramuka telefon pintar watak utama, sehinggalah kepada rekaan menu, ikon serta elemen elemen 2D yang lain. Semuanya direka dengan penuh terperinci.

Untuk mengetahui bagaimana huraian rekaan UI permainan tersebut. Anda boleh melawati laman Behance Alexander Karpazis

WATCH DOGS UI CASE STUDY

Sumber : The Verge

1 ulasan:

  1. kalau nak bandingkan dengan Tomb Ridder, aku rasa Tomb Rider menang lagi

    BalasPadam

|