Ahad, 15 Jun 2014

SENI REKA - UI.CN. Laman web seumpama Dribble dan Behance dari China

Adakah anda seorang pengguna Android? atau secara tepatnya, jenama telefon pintar buatan China, seperti Huawei, Lenovo, Xiaomi ataupun Oppo?

Dikenali sebagai iconfans.com sebelum ini, ui.cn merupakan sebuah laman web komuniti pereka grafik yang di bangunkan khusus bagi memartabatkan kualiti UI/UX di negara industri tersebut. Jika dilihat betul betul, formatnya seakan akan Dribble dan juga Behance.



Selain menjadi platform bagi ahli ahlinya untuk berkongsi inspirasi rekaan masing masing, ui.cn yang ditubuhkan pada tahun 2008 ini juga, menggalakkan ahlinya untuk menyertai pertandingan rekaan UI/UX yang dianjurkan di seluruh dunia.




Untuk pengetahuan anda, disebabkan bilangan ahli dalam komuniti ini begitu ramai. Mereka mampu untuk mengadakan konvensyen industri mereka sendiri setiap tahun bagi mengumpulkan ahli mereka untuk sesi forum dan perbincangan. Apa yang menarik, konvensyen tersebut turut sama disertai oleh nama nama besar dalam industri teknologi interent seperti Baidu, Tencent, Sinar, Huawei dan juga Sogou.

Oleh hal yang demikian, maka tidak hairanlah, tahap rekaan UI/UX dalam industri internet China sekarang semakin berkembang dan menyaingi industri di benua yang lain hasil daripada platform perkongsian ini. Jawapannya? Lihat sahajalah rekaan UI/UX yang ada pada peranti pintar buatan China anda.

UI.CN

Jika anda ingin melihat laporan tahunan kolektif mereka dalam format ebook, ianya boleh dimuat turun di sini - Majalah Tahunan UI.CN 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|