Rabu, 25 Jun 2014

SENI REKA - Smartisan T1. Telefon Pintar Android Unik dari China

Sebuah syarikat baru teknologi dari Tanah Besar China, yang menggelarkan diri mereka sebagai Smartisan, baru sahaja meluncurkan produk sulung mereka pada bulan lepas. Diberi nama T1, telefon pintar ini dipacu oleh sistem operasi Android 4.4 Kitkat dengan gubahan citarasa mereka sendiri.



Jika sebelum ini, anda pernah mendengar perihal antaramuka pengguna dari China seperti - MIUI, Vibe UI dan juga Emotion UI. Pastinya Smartisan OS akan menarik perhatian anda sekali lagi. Dikelaskan bukan untuk berada dalam pasaran telefon pintar aras permulaan dan pertengahan, Smartisan T1 sememangnya dipakejkan dengan ciri ciri premium.



Untuk pengetahuan anda, Robert Brunner merupakan salah seorang daripada pereka utama projek telefon ini. Beliau yang sebelum ini pernah bertugas bersama sama Apple sebagai Pengarah Seni Reka Industri, amat menitikberatkan prinsip simetri dalam proses mereka Smartisan T1. Maka tidak hairanlah, telefon pintar ini kelihatan serupa sahaja jika dilihat dari pelbagai sudut.

Selain daripada menawarkan spesifikasi perkakasan bergred tinggi. Smartisan OS, seperti yang kita bincangkan tadi adalah suatu sistem operasi Android yang menjalankan antaramuka pengguna unik, olahan para pembangun Smartisan.

Susunan ikon aplikasinya boleh diletakkan dalam grid 3 x 3 ataupun 4 x 4 mengikut citarasa pengguna (seperti Emotion UI dan MIUI). Manakala, antaramuka pengguna bagi ruangan menu dan ruangan aturan juga dilihat mempunyai rekaannya tersendiri yang kelihatan begitu ringkas dan minimal.



Buat masa ini, Smartisan T1 masih lagi tidak dipasarkan untuk pasaran antarabangsa. Namun begitu, di negara kelahirannya. Telefon ini dijual dengan harga USD$481 (RM1550) untuk versi 16GB manakala USD$505 (RM1628) untuk versi 32GB seunit. Tambah mereka lagi, versi LTE bagi telefon pintar ini dijangka akan diluncurkan pada bila bila masa kelak.

Spesifikasi

CPU: 2.5GHz Qualcomm Snapdragon 801 MSM8274AC

Paparan Skrin: 4.95 inci 1080P FHD IPS JDI, 445PPI, Gorilla Glass 3

Sistem Kamera:
13-megapiksel Sony Imax214;

Kapasiti: 2GB RAM, 16GB/32GB ROM

SMARTISAN T1




Sumber: Engadget dan The Next Digit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|