Ahad, 8 Jun 2014

SENI REKA - Piala Dunia FIFA 2014. 6 Undang Undang Rekaan Kit Pasukan Bertanding

Pada 12 Jun ini, Piala Dunia FIFA akan berlangsung di Brazil yang mana akan menyaksikan pertandingan 32 pasukan daripada pelbagai negara yang akan merebut piala terkemuka itu.

Pernah tak anda terfikir, mengapa sepanjang beberapa siri Piala Dunia FIFA sebelum ini, rekaan kit pasukan bagi setiap negara yang bertanding mempunyai reka bentuk yang hampir sama ?. Cuma yang membezakannya adalah - jenis mukataip (typeface) dan juga skema warna sahaja.

FIFA memang sudah terkenal dengan ketegasan dalam undang undang liga bola sepak yang bernaung di bawah mereka. Ini termasuklah, undang undang rekaan kit bagi pasukan yang bertanding. Pada sesi kelayakan Piala Dunia FIFA 2006, pasukan negara Cameroon telah dikenakan tindakan kerana tidak mematuhi undang undang rekaan ini.

Mari kita lihat, antara beberapa panduan undang undang yang ketat dalam rekaan kit pasukan yang bertanding.

Saiz Kelebaran Nombor Pemain

Lebar nombor pemain hendaklah tidak kurang dan tidak lebih daripada 3cm hingga 5cm.

Rekaan Sut Peluh (Sweatsuit) bagi Kontinjen Pasukan



Bukan sahaja para pemain yang perlu memakai kit yang mematuhi undang undang FIFA. Malah, semua ahli kontinjen yang lain juga!. Ini termasuklah, pasukan simpanan dan juga pasukan jurulatih. Jika kit sut peluh tersebut adalah tajaan daripada mana mana jenama. Kedudukan logonya haruslah mematuh rajah di atas dan ia tidak boleh melebih daripada 8cm lebar!

Pilihan Warna Maksimum


FIFA menetapkan bahawa hanya 4 jenis warna (maksimum) sahaja yang dibenarkan. Dengan syarat salah satu daripada warna tersebut mestilah menjadi warna yang dominan. Warna warna yang boleh berubah akibat pantulan cahaya adalah tidak dibenarkan!

Pilihan Reka Bentuk Logo


Sukan bola sepak merupakan salah satu industri sukan yang paling banyak menerima penajaan. Namun begitu, FIFA hanya membenarkan rekaan logo seperti di atas sahaja, untuk dicetak pada kit pasukan yang betanding.

Jarak Reka Susun Logo pada Jersi


FIFA menetapkan, jika sebarang logo, ataupun jalur jalur yang ingin dicetak pada jersi dan kit pasukan. Ianya haruslah mempunyai jarak 8cm setiap satu.

Label Jenama dan Label Teknologi



Kadangkala, dengan kepesatan teknologi fabrik masa kini. Jenama jenama besar seringkali memperkenalkan rekaan fabrik terbaru mereka dalam kejuaraan Piala Dunia bagi mendapatkan publisiti yang besar. Jadi, FIFA menetapkan label label tersebut supaya dijahit pada kedudukan 15cm daripada bawah jersi dan juga tidak boleh mempunyai luas melebih 10cm persegi.

Terdapat banyak lagi peraturan lain yang menarik yang ditetapkan oleh FIFA untuk piala dunia kali ini. Mungkin nampak agak ketat dan sedikit keterlaluan, tetapi jika dilihat hasilnya seperti dalam siri siri Piala Dunia FIFA sebelum ini. Anda sendiri pasti tahu apa yang Rekareka fikirkan.

Ulasan kepada buku peraturan Piala Dunia FIFA 2014 ini, yang mempunyai 92 muka surat keseluruhannya. Boleh anda baca dan fahami di laman web Creative Review atau jika anda mahu terus mendapatkan salinannya dalam format .PDF, ia boleh dimuat turun terus daripada FIFA.

Jadi, pasukan manakah yang anda sokong kali ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|