Selasa, 10 Jun 2014

SENI REKA - Electro Optic Camera. Kamera DSLR Pertama Dunia ciptaan Kodak

Sekitar tahun 1987 - 1988, kerajaan Amerika Syarikat telah menganugerahkan kontrak kepada Kodak Eastman Company bagi menghasilkan, apa yang kini boleh kita gelar sebagai prototaip sempurna pertama kamera DSLR.

Untuk pengetahuan anda, setahun sebelum itu, pada tahun 1986. Kodak, di bawah Divisyen Teknologi Mikroelektrik mereka, telah berjaya meluncurkan sensor CCD Megapiksel yang pertama seumpamanya di dunia. Jadi dari situlah, Kodak berjaya mendapat perhatian kerajaan Amerika Syarikat. Lalu, pada tahun berikutnya, di atas arahan dan kontrak yang diberikan. Kodak mula membangunkan protoaip DSLR mereka secara serius.




Menggunakan badan kamera Canon F-1 (yang pada masa itu, salah satu kamera profesional popular), kumpulan yang membangunkan prototaip ini telah memuatkan CCD tadi pada bahagian plat belakang kamera tersebut dengan sedikit ruangan tambahan bagi memuatkan papan litar penting yang perlu berada dekat dengan CCD.



Disebabkan ketika itu, tiada medium teknologi lain yang paling sesuai bagi menyimpan data digital secara mudah alih (dalam konteks DLSR). Maka, sebuah cakera keras bersaiz 3.5" dengan kapasiti 100 Megabait telah digunakan. Itupun untuk seketika sahaja.




Jika anda ingin memindahkan gambar tadi untuk diproses, anda perlu memindahkan data digital tadi kepada pita 8mm rekaan Sony yang pada ketika itu amat popular dengan siri Handycam mereka.

Apapun, semua yang kita bincangkan tadi kini sudah menjadi lipatan sejarah dalam perkembangan teknologi fotografi dunia. Puluhan model DSLR yang kini amat murah dan mudah di dapati oleh segenap lapisan masyarakat itu, semuanya dirintis oleh penemuan teknologi oleh Kodak, lebih 20 tahun yang lepas.

Bagi anda yang ingin meneruskan pembacaan kisah rekaan dan penyelidikan prototaip DSLR pertama dunia ini. Petapixel ada menulis perihalnya secara lengkap dalam artikel mereka semalam.

Menarik bukan?

KODAK ELECTRO OPTIC


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|