Rabu, 25 Jun 2014

SENI BINA - Rekaan Dalaman Ibu Pejabat Yelp! dengan Elemen Industrialis

Walaupun nama Yelp! agak kurang terkenal dalam kalangan pengguna aplikasi mudah alih di Asia Tenggara. Tetapi nama tersebut bukanlah asing bagi mereka yang tinggal dalam bandar bandar besar di Amerika Syarikat dan Eropah.

Ditubuhkan pada bulan Oktober 2004, Yelp! merupakan sebuah syarikat yang menawarkan servis panduan direktori dalam bandar yang mengumpulkan ulasan kepada beberapa kategori popular seperti restoran, kedai mahupun perkhidmatan. Semakin popular saban hari, Yelp! kini telah banyak membantu pengusaha kedai konvensional untuk kekal relevan dalam era Internet.

Sebagai sebuah syarikat kreatif yang bertempat di Silicon Valley, Yelp! juga mempunyai ibu pejabat yang menarik di sana. Bagi mendapatkan sentuhan industrialis serta gabungan moden kontemporari. Mereka telah mendapatkan servis rekaan daripada O+A Architects yang terkenal sebagai pereka hiasan dalaman bagi Evernote dan Samsung.

Bagi mendapatkan jarak pandangan visual yang luas dalam pejabat ini, jumlah penggunaan pintu dihadkan pada bilik utama sahaja. Ruang ruang pada sudut perbincangan juga, dibiarkan tanpa ada penghadang supaya perbincangan mudah untuk diadakan. Difahamkan, sudut sudut tersebut sengaja diletakkan kerusi dan meja supaya para kaki tangan bebas untuk duduk bekerja tanpa terikat di meja mereka sahaja.

Di samping itu, kemasan sistem elektrik dan perpaipan air pula dibiarkan terbuka tanpa siling bagi menampakkan elemen industrialis. Apa yang menarik, kemasan kayu yang digunakan dalam pejabat ini adalah kayu asli yang tidak dirawat bagi mengekalkan ciri semulajadi kayu tersebut.

Menarik bukan?





















Gambar oleh : Jasper Sanidad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|