Isnin, 16 Jun 2014

SENI BINA - Inspirasi Ibu Pejabat Medium yang Moden di San Francisco

Lahir daripada idea penulisan blog. Medium merupakan sebuah platform sosial yang mengkhususkan kepada perkongsian cerita, pengalaman dan tips dalam topik topik tertentu. Tidak kiralah sama ada anda orang perseorangan, pelajar, mahupun seorang wartawan. Anda boleh berkongsi idea anda dalam apa apa topik sekalipun melalui Medium.

Sejak daripada pelancarannya beberapa bulan yang lalu, Rekareka dapati, banyak artikel menarik dan berinformatif yang anda boleh baca di sana. Selalunya, artikel artikel yang ada di Medium, sesuai untuk bacaan santai semasa waktu rehat di pejabat atau pun kelas anda.

Sekali lihat kepada rekabentuk dan isi kandungan yang ada dalam Medium itu sendiri, pasti anda akan rasa bahawa rekaannya yang minimal dan ringkas itu datang daripada sekumpulan pereka dan pembangun web kreatif yang sentiasa mengikut trend masa kini.


Disebabkan, salah satu tujuan terawal Medium ditubuhkan adalah untuk menjadi tempat perkongsian inspirasi, maka ibu pejabat mereka juga di tata hias dengan sebegitu rupa. Pada awal bulan ini, seorang jurugambar bernama Darren Hull telah menghabiskan masanya selama sehari bagi mendokumentasikan ruang dalaman pejabat Medium.

Luas, terbuka dan ringkas - adalah beberapa elemen utama yang diterapkan dalam susunan perabot pejabat ini, dan yang selebihnya, Rekareka pasti, para pembaca tentu lebih arif dengan ciri hiasan dalaman sebegini yang semakin mendapat tempat dalam syarikat syarikat teknologi baharu.






















*jika anda ingin melihat kesemua koleksi gambar yang diambil, anda boleh terus ke laman Medium Darren Hull

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|