Jumaat, 6 Jun 2014

PERISIAN - Raudhah. Aplikasi Pintar Jadual Kuliah Ilmu Agama (iOS & Android)

Kesibukan masa bekerja kita sehari hari kadangkala membuatkan kita terlupa tentang acara acara menarik yang dianjurkan di kawasan sekitar tempat kita tinggal. Dalam konteks ini, sebagai seorang Muslim,  kita dituntut agar sering menghadiri majlis ilmu yang sememangnya dapat membentuk sahsiah kita secara berterusan.



Disebabkan rutin seharian kita banyak beredar disamping telefon pintar. Seorang pembangun aplikasi tempatan bernama Wazir Aminnudin telah membangunkan aplikasi mudah alih yang mampu memberikan maklumat tentang majlis majlis ilmu yang dianjurkan berhampiran anda.

Apa yang menarik, kaedah carian majlis ilmu dapat diperincikan mengikut kehendak anda. Misalnya, jika anda amat menggemari kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Don, maka aplikasi ini dapat memberikan senarai majlis majlis ilmu yang akan disampaikan oleh beliau. Selain daripada itu, senarai hasil carian juga dapat diperincikan mengikut lokasi dan juga acara terkini.

Diberi nama sebagai Raudhah yang bermaksud Taman. Aplikasi ini sudah pun diluncurkan untuk dimuat turun secara percuma bagi pengguna Android dan iOS. Jika anda seseorang yang gemarkan majlis ilmu ataupun anda mungkin baru sahaja menjinak jinakkan diri untuk mendalami ilmu agama. Rekareka amat mengesyorkan aplikasi ini yang mana ia adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.

RAUDHAH | iOS | Android



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|