Isnin, 9 Jun 2014

PERISIAN - OSX 10.10 Yosemite. Perbandingan Rekaan Ikon Baru dan Lama

Semasa pembukaan tirai WWDC 2014 beberapa hari lepas. Apple telah mengumumkan peluncuran sistem operasi terbaru mereka dalam siri OSX yang digelar Yosemite. Dengan mengadaptasi pendekatan rekaan minimal yang anda dapat lihat dalam iOS 7 sebelum ini, Apple nampaknya semakin serius dan yakin bahawa, rekaan sebelum ini, sudah pun sepenuhnya diterima umum.



Disamping menampilkan rekaan ikon baru (banyak yang serupa dengan apa yang anda dapat lihat pada iPhone anda), material tetingkap Finder juga diberikan efek lutsinar, malah penggunaan mukataip juga telah ditukar kepada mukataip yang baru yang lebih ringkas.

Sekali lihat pasti anda dapat mencari perbezaan yang pada rekaan ikon lama dengan yang baru. Dapat dihuraikan juga, ikon ikon yang Apple tampilkan pada OSX 10.10 Yosemite ini, mempunyai penggunaan grafik yang lebih mudah dan ringkas, tetapi masih menggunapakai saiz dan rekaletak yang serupa.

Kesimpulannya, Apple kini sudah pun memasuki fasa baru dengan pengumuman OSX 10.10 Yosemite dan juga iOS 8 tempoh hari. Pengguna kini boleh merasai pengalaman GUI yang serupa diantara peranti mudah alih iOS dengan siri komputer OSX mereka dalam sedikit masa lagi.

Artikel perbandingan ini diambil dan diolah daripada blog Tekreveu oleh Jim Tanous.



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|