Selasa, 3 Jun 2014

PERISIAN - Apple WWDC 2014. Siaran Langsung.


Persidangan Para Pembangun Sedunia Apple (Apple Worldwide Developer Conference) bagi tahun 2014 ini akan mula berlangsung pada hari ini (sebentar lagi), kira kira pada jam 1:00A.M. waktu Malaysia (6:00 P.M. BST).

Seperti kebiasaannya, saban kali WWDC berlangsung, ia akan menjadi salah satu acara utama bagi  Apple untuk mengumumkan barisan produk produk terkini mereka yang akan datang. Jika anda merupakan peminat produk Apple, ataupun anda adalah seorang daripada ribuan para pembangun aplikasi dalam persekitaran OSX/iOS, pasti acara ini akan sentiasa ditunggu tunggu.

Seperti yang kita tahu, berkemungkinan besar sebentar lagi. Rentetan siri iOS selepas versi ketujuh akan diumumkan. Jika dibandingkan dengan peralihan versi iOS 6 kepada iOS 7 sebelum ini, ramai yang mengagak, tidak banyak perubahan ketara yang akan ditawarkan oleh Apple, dalam iOS 8 kelak.


Selain daripada itu, yang diuar uarkan juga adalah, versi kemaskini kepada sistem operasi OSX sedia ada, - daripada OSX 10.9 Maverick kepada OSX 10.10 Yosemite. Dijangka OSX 10.10 Yosemite, akan diberikan rekaan baru kepada paparan antaramuka penggunanya, supaya kelihatan lebih sepadan dengan iOS 7 / iOS 8.

Untuk pengetahuan anda, diramalkan juga, barisan baru siri iPhone, akan turut sama ditampilkan. Menurut khabar angin yang digembar gemburkan sebelum ini, iPhone 6 dijangka akan hadir dengan paparan skrin yang lebih besar (4.7"), serta beberapa penambahan baru daripada segi reka bentuk tradisionalnya.

Bagi Rekareka, kami menantikan pengumuman peranti boleh pakai sulung daripada Apple (iWatch ?). Apa pula ramalan anda?

*siaran langsunng WWDC 2014 boleh ditonton secara atas talian melalui pelayan web Safari di komputer ataupun peranti iOS anda.

APPLE WWDC 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|