Khamis, 26 Jun 2014

SENI REKA - Android L. Rumusan Antaramuka Baharu, Lebih Elegan, Ceria dan Kemas

Fakta membuktikan bahawa, semenjak Android mula mula diluncurkan secara rasmi di bawah pegangan Google pada Oktober 2008, telah banyak perubahan yang berlaku terhadap antaramuka penggunannya. Untuk pengetahuan anda, bermula daripada Cupcake 1.5 sehinggalah kepada KitKat 4.4, Android memang dikenali sebagai salah satu platform telefon pintar yang paling ideal dan mesra kepada para pembangun selepas iOS.

Pada awal pagi tadi, sejurus tirai acara tahunan Google I/O 2014 dibuka. Beberapa pengumuman penting telah disampaikan oleh beberapa nama utama dalam syarikat gergasi itu. Antaranya adalah Google Android TV, Google Android Auto dan juga Google Android Wear. Namun begitu, apa yang menarik perhatian Rekareka adalah, pengumuman versi Android baharu yang diberi nama kod "L".



Android L memperlihatkan banyak perubahan utama kepada antaramuka sedia ada Android, yang mana kali terakhir perubahan seperti ini diketengahkan adalah semasa versi Android Ice Cream Sandwich beberapa tahun lalu. Pada artikel kali ini, Rekareka akan berkongsi beberapa perubahan ketara yang anda boleh dapati dalam versi kemas kini Android kelak.

Bar Notifikasi Baharu


Perubahan pertama yang anda boleh lihat jika anda mengikuti siaran langsung Google I/O adalah bar notifikasi yang baharu. Ikon ikon utama seperti tolok bateri, wifi dan juga isyarat rangkaian selular nampaknya diberikan rupa yang lebih minimal tanpa ada sebarang bar. Warnanya juga akan sentiasa bertukar tukar dan beradaptsi daripada warna asal aplikasi yang dibuka. Jika anda lihat secara teliti, jarak diantara ikon juga telah ditambah.

Pilihan Ikon Sistem Utama Baharu


Ikon sistem juga telah berubah sepenuhnya. Sebelum ini, jika anda perasan. Walaupun pendekatan minimal digunakan pada set ikon ICS, Jelly Bean dan KitKat, tetapi masih ada sedikit elemen perspektif padanya. 

Dalam versi Android L, nampaknya semua itu sudah pun digantikan kepada set baharu yang 100% minimal dan rata. 

Papan Kekunci Baharu


Nampaknya Google agak serius dengan elemen minimalis kali ini. Tiada lagi garisan penghadang di antara abjad dan nombor pada papan kekunci yang baharu. Selain daripada itu, 3 butang kawalan utama di bahagian bawah juga telah digantikan kepada simbol yang lebih kemas dan univeral (Bulat, Segi Tiga dan Segi Empat Sama).

Antaramuka Pilihan Baharu



Akses Fungsi "Undo" Baharu


Butang fungsi undo juga kini mudah diakses melalui bar bahagian bawah selepas ini. Mungkin dengan perlu menekan butang tertentu.


Antaramuka Aturan Aplikasi Yang Minimal


Antaramuka pagi aturan aplikasi dilihat telah mengalami perubahan yang ketara. Ianya lebih ringkas dan lebih teratur dalam kawasan masing masing.


Antaramuka Pengurus Fail


Paparan antaramuka Android L juga dilihat mengalami perubahan. Fungsi mengakses penambahan dan penyuntingan fail menjadi lebih mudah dan teratur.


Fungsi Simpan dan Batal




Antaramuka Galeri Gambar Baharu



Antaramuka Buku Telefon Baharu



Antaramuka Pilihan Penerima Baharu



Antaramuka Aplikasi Emel Baharu



Antaramuka Aplikasi Google Keep Baharu


Rabu, 25 Jun 2014

SENI REKA - Smartisan T1. Telefon Pintar Android Unik dari China

Sebuah syarikat baru teknologi dari Tanah Besar China, yang menggelarkan diri mereka sebagai Smartisan, baru sahaja meluncurkan produk sulung mereka pada bulan lepas. Diberi nama T1, telefon pintar ini dipacu oleh sistem operasi Android 4.4 Kitkat dengan gubahan citarasa mereka sendiri.



Jika sebelum ini, anda pernah mendengar perihal antaramuka pengguna dari China seperti - MIUI, Vibe UI dan juga Emotion UI. Pastinya Smartisan OS akan menarik perhatian anda sekali lagi. Dikelaskan bukan untuk berada dalam pasaran telefon pintar aras permulaan dan pertengahan, Smartisan T1 sememangnya dipakejkan dengan ciri ciri premium.



Untuk pengetahuan anda, Robert Brunner merupakan salah seorang daripada pereka utama projek telefon ini. Beliau yang sebelum ini pernah bertugas bersama sama Apple sebagai Pengarah Seni Reka Industri, amat menitikberatkan prinsip simetri dalam proses mereka Smartisan T1. Maka tidak hairanlah, telefon pintar ini kelihatan serupa sahaja jika dilihat dari pelbagai sudut.

Selain daripada menawarkan spesifikasi perkakasan bergred tinggi. Smartisan OS, seperti yang kita bincangkan tadi adalah suatu sistem operasi Android yang menjalankan antaramuka pengguna unik, olahan para pembangun Smartisan.

Susunan ikon aplikasinya boleh diletakkan dalam grid 3 x 3 ataupun 4 x 4 mengikut citarasa pengguna (seperti Emotion UI dan MIUI). Manakala, antaramuka pengguna bagi ruangan menu dan ruangan aturan juga dilihat mempunyai rekaannya tersendiri yang kelihatan begitu ringkas dan minimal.



Buat masa ini, Smartisan T1 masih lagi tidak dipasarkan untuk pasaran antarabangsa. Namun begitu, di negara kelahirannya. Telefon ini dijual dengan harga USD$481 (RM1550) untuk versi 16GB manakala USD$505 (RM1628) untuk versi 32GB seunit. Tambah mereka lagi, versi LTE bagi telefon pintar ini dijangka akan diluncurkan pada bila bila masa kelak.

Spesifikasi

CPU: 2.5GHz Qualcomm Snapdragon 801 MSM8274AC

Paparan Skrin: 4.95 inci 1080P FHD IPS JDI, 445PPI, Gorilla Glass 3

Sistem Kamera:
13-megapiksel Sony Imax214;

Kapasiti: 2GB RAM, 16GB/32GB ROM

SMARTISAN T1




Sumber: Engadget dan The Next Digit

SENI BINA - Rekaan Dalaman Ibu Pejabat Yelp! dengan Elemen Industrialis

Walaupun nama Yelp! agak kurang terkenal dalam kalangan pengguna aplikasi mudah alih di Asia Tenggara. Tetapi nama tersebut bukanlah asing bagi mereka yang tinggal dalam bandar bandar besar di Amerika Syarikat dan Eropah.

Ditubuhkan pada bulan Oktober 2004, Yelp! merupakan sebuah syarikat yang menawarkan servis panduan direktori dalam bandar yang mengumpulkan ulasan kepada beberapa kategori popular seperti restoran, kedai mahupun perkhidmatan. Semakin popular saban hari, Yelp! kini telah banyak membantu pengusaha kedai konvensional untuk kekal relevan dalam era Internet.

Sebagai sebuah syarikat kreatif yang bertempat di Silicon Valley, Yelp! juga mempunyai ibu pejabat yang menarik di sana. Bagi mendapatkan sentuhan industrialis serta gabungan moden kontemporari. Mereka telah mendapatkan servis rekaan daripada O+A Architects yang terkenal sebagai pereka hiasan dalaman bagi Evernote dan Samsung.

Bagi mendapatkan jarak pandangan visual yang luas dalam pejabat ini, jumlah penggunaan pintu dihadkan pada bilik utama sahaja. Ruang ruang pada sudut perbincangan juga, dibiarkan tanpa ada penghadang supaya perbincangan mudah untuk diadakan. Difahamkan, sudut sudut tersebut sengaja diletakkan kerusi dan meja supaya para kaki tangan bebas untuk duduk bekerja tanpa terikat di meja mereka sahaja.

Di samping itu, kemasan sistem elektrik dan perpaipan air pula dibiarkan terbuka tanpa siling bagi menampakkan elemen industrialis. Apa yang menarik, kemasan kayu yang digunakan dalam pejabat ini adalah kayu asli yang tidak dirawat bagi mengekalkan ciri semulajadi kayu tersebut.

Menarik bukan?





















Gambar oleh : Jasper Sanidad

Selasa, 24 Jun 2014

SENI REKA - 10 Templat Laman Web Percuma olahan Bootstrap 3.0

Semenjak Twitter meluncurkan Bootstrap secara percuma pada tahun 2011. Komuniti sumber terbuka telah membangunkannya peringkat demi peringkat sehingga menjadi suatu platform asas yang dinamik bagi membina prototaip dan laman web yang sempurna.

Disebabkan kini, pengguna Internet kebanyakkannya melayari laman web kegemaran mereka menggunakan peranti mudah alih. Maka, adalah baik jika laman web tersebut dibangunkan dengan mengambil kira kaedah rekaan laman web bergerak balas.

Pada artikel kali ini, Rekareka ingin berkongsi bersama anda, 10 templat laman web olahan Bootstrap 3.0 bagi dijadikan rujukan dalam proses membangunkan laman web impian anda. Apa yang penting, semuanya adalah percuma.

We Are Merlin
  One Page Theme


Single Page Template

Shield Template


Siimple Template 


Pratt Template 

Landy

Flatty

Landing Page

Colourful Flat


Sabtu, 21 Jun 2014

SENI REKA - 10 Rekaan Muka Jam Moto360 Terbaik Pilihan Motorola

Bagi mendapatkan sokongan dan publisiti daripada komuniti kreatif serta bakal pengguna baharu. Beberapa minggu yang lepas, Motorola telah menganjurkan satu pertandingan mereka antaramuka pengguna, bagi produk sulung mereka dalam segmen peranti boleh pakai, iaitu Moto360.



10 rekaan telah dipilih sebagai antara yang terbaik daripada lebih 1000 penyertaan yang lain. Rekaan finalis tersebut kini telah dimuat naik dalam halaman Google+ rasmi Motorola untuk undian orang ramai. Munurut Motorola, pemenang bagi pertandingan ini akan menerima seutas jam tangan pintar Moto360, manakala 9 penyertaan yang lain pula akan dihadiahkan  Kad Hadiah Google Play bernilai USD$50.




Bagi Rekareka, kesemua finalis menampilkan rekaan muka jam yang amat baik serta penuh dengan ketelitian. Bermula daripada konsep yang begitu ringkas sehinggalah kepada konsep yang agak radikal. Antaramuka akhir Moto360 dijangka akan diolah daripada idea idea ini.

Yang mana satu pilihan anda?

MOTO360 10 FINALIST

Rabu, 18 Jun 2014

SENI REKA - Hexo+ dan AirDog. Dron Perakam Video dengan Fungsi Penjejak Gerakan Auto

Jika ada diantara anda yang pernah bermain permainan video - Call of Duty: Black Ops 2, pasti anda perasan, dalam misi misi yang anda perlu jayakan. Terdapat penggunaan dron penyerang yang boleh begerak secara autonomi bagi membunuh musuh tanpa perlu dikawal secara lalai.

Kini, teknologi yang anda lihat itu sudah pun direalisasikan dan bakal menemui para pembelinya tidak lama lagi. Hexo+ dan juga AirDog, merupakan dua buah jenama berbeza tetapi menggunapakai prinsip yang serupa.

Kehadiran kamera sukan lasak beresolusi tinggi dalam pasaran belakangan ini, seperti GoPro dan SJ4000, telah menjadikan tugas merakam video semasa bersukan menjadi mudah. Tambahan pula, sokongan aksesori oleh parti ketiga amat mudah diperoleh.

Namun begitu, bagi mendapatkan rakaman video yang baik tanpa perlu menjejaskan kepuasan melakukan aktiviti lasak kadang kala amat sukar, mahal dan berisiko. Dengan daya inovatif dan semangat ingin melakukan sumbangan kepada komuniti sukan lasak, maka kedua dua syarikat tersebut tampil dengan ciptaan mereka sendiri.



Menggunakan platform iOS atau Android sebagai alat kawalan. Hexo+  boleh dikawal bagi menentukan bentuk, kaedah serta jarak penerbangannya dengan menggunakan aplikasi khusus yang direka untuk berhubung secara masa langsung dengan sambungan WiFi terbina dalam.



Apabila Hexo+ sudah mencapai altitud yang dikehendaki, ia akan mula merakam video sambil mengekori anda dalam darjah yang ditetapkan.




Walaupun masih boleh dikawal menggunakan iPhone dengan bantuan penjejak GPS terbina dalam. AirDog cuba hadir dengan pendekatan berbeza. Menurut para perekanya, telefon pintar amat mudah terdedah kepada risiko rosak apabila dipakai semasa melakukan sukan lasak.



Oleh itu, mereka mencipta alat kawalan berasingan yang digelar AirLeash. Alat ini yang berbentuk seperti jam tangan akan menghantar insyarat lokasi dan data trajektori kepada AirDog semasa penerbangan. Data dan isyarat yang diterima tadi pula, akan dikira secara automatik oleh AirDog bagi mendapatkan posisi rakaman video yang terbaik.

Untuk pengetahuan anda, kedua dua projek dron ini sudah pun mencapai sasaran akhir dalam usaha pengumpulan dana di laman web pendanaan khalayak popular Kickstarter. Walaupun kamera GoPro tidak disertakan sekali bersama pakej yang ditawarkan. Harga bagi kedua dua dron ini boleh dikatakan agak mahal. Masing masing berharga USD$899 (RM2,906) bagi Hexo+ dan USD$1,500 (RM4,850) bagi AirDog.

AirDog | Hexo+


|