Sabtu, 3 Mei 2014

WEB - Vine Meluncurkan Laman Web Striming Video Terlengkap Pertama Mereka


Walaupun Vine sudah berada dalam persekitaran peranti mudah alih sejak Januari 2013, namun ia masih lagi kurang mendapat sambutan daripada pengguna di Malaysia. Selepas dibeli Twitter pada Oktober 2012, Vine mengalami beberapa perubahan positif dari segi sumber dan kepakaran mereka sehingga membolehkan, Vine menjadi aplikasi paling popular bagi perkongsian video dari telefon pintar. (Instagram juga cuba mengikut jejak langkah mereka dengan menambah ciri yang sama selepas itu!)


Awal tahun ini, Vine telah meluncurkan versi pertama perisian mereka yang membolehkan pengguna  mengakses terus suapan video daripada pelayar internet sedia ada. Mungkin sekadar mahu mengkaji trafik dan reaksi pengguna, versi pertama tersebut hanya mempunyai fungsi terhad yang tertakluk kepada akaun persendirian sahaja.

Sebagai langkah bagi mencipta pengalaman serupa di antara pelayar web dan aplikasi rasmi. Semalam Vine telah meluncurkan kemas kini kedua bagi laman web mereka . Beberapa fungsi baharu seperti suapan video popular, video terbaik, kotak carian pengguna, tag popular dan juga fungsi akses penuh kepada pengguna tanpa perlu mendaftar menjadi ahli.

Nampaknya, Vine memang berusaha bersungguh sungguh untuk bersaing dengan Instagram! Anda sudah menjadi pengguna Vine?

VINE




Sumber - Vine Has a New Look

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|