Selasa, 6 Mei 2014

ULASAN - Huawei Honor 3C. Telefon Pintar Berkeupayaan Tinggi Bawah RM500

Huawei bukanlah suatu nama yang asing lagi dalam pemain industri peranti pintar di negara kita. Jika anda adalah diantara yang terawal menggunakan pelan pasca bayar jalur lebar janaan pemacu USB, pasti anda kenal akan jenama Huawei ini.

3 tahun lepas, dengan wang sebanyak RM500, anda sudah pun boleh memiliki sebuah telefon pintar. Namun begitu, spesifikasi keupayaan yang diperoleh pastinya tidak memuaskan. Sering sahaja dengan harga yang sedemikian, sudah tentu ada fungsi atau ciri yang tidak boleh dimainkan secara lalai (default).


Dengan paparan skrin 5" yang beresolusi 1280 x 720 piksel ini, Huawei Honor 3C sudah cukup untuk memberikan kepuasan kepada pengguna ketika melayari internet atau menonton video. Selain daripada itu, walaupun kerangka luarnya dibuat daripada plastik, anda jangan tersalah anggap dengan ciri tersebut kerana Honor 3C dikuasakan sepenuhnya oleh unit pemprosesan pusat (CPU) empat-teras 1.3GHz MediaTek. Tambahan pula ia dilengkapi dengan dua slot kad SIM mikro yang mampu digunakan secara berselang seli.

Seringkali bagi telefon pintar yang tergolong dalam segmen kelas permulaan (entry level), kapasiti ingatan capaian rawak (RAM) yang ditawarkan adalah sekitar 512MB sahaja. Ini menyebabkan terdapat beberapa aplikasi yang memerlukan keupayaan pemprosesan tinggi tidak boleh dimainkan dengan baik.

Cuba untuk lari daripada kebiasaan, Huawei membekalkan Honor 3C dengan kapasiti RAM sebanyak 2GB. Oleh itu, anda tidak perlu risau jika ingin memainkan beberapa aplikasi berat dalam satu satu masa.



Untuk pengetahuan anda, telefon pintar ini di datangkan dengan storan terbina dalam ROM berkapasiti 8GB, namun begitu ia juga mempunyai sokongan slot storan tambahan kad microSD sehingga 32GB.

Walaupun Honor 3C dijana dengan Android 4.2.2 Jelly Bean, ia tidak menggunakan antaramuka pengguna (UI) lalai yang datang bersama sama dengan Android. Tetapi, pengguna akan disajikan dengan antaramuka minimalis rekaan Huawei sendiri yang digelar Emotion UI 2.0.

Dari segi kuasa bateri yang ditawarkan pula, Huawei membekalkan pengguna dengan bateri Li-Po berkapasiti 2300 mAh, yang mana menurut mereka mempunyai lebih 30% jangka hayat yang lebih panjang.

Dari segi teknologi kamera pula. Huawei Honor 3C dilengkapi dengan kamera beresolusi 8 Mega Piksel yang disokong oleh sensor Backlit CMOS daripada Sony. Lensanya pula mempunyai julat darjah luas 28mm dengan bukaan apertur maksima f/2.0. Dengan ciri ciri ini, ia dapat membantu proses pengambilan gambar walaupun dalam keadaan cahaya yang malap.

Disamping itu, dengan ciri ciri yang disebutkan tadi, pengguna juga boleh merakamkan video dalam format 1080p HD pada kadaran 30 bingkai per saat (FPS).

Bagi Rekareka, walaupun aspek kualiti luaran telefon ini kelihatan sedikit berbeza dengan pesaingya. Tetapi, dengan harga jualan RM499 seunit, ditambah pula dengan ciri ciri dalaman yang kita bincangkan tadi, nampaknya Huawei Honor 3C memang berbaloi untuk dimiliki.

Semenjak Huawei menyertai permainan pasaran peranti pintar dua tahun yang lepas, nampaknya mereka sudah pun mula matang dan mampu memberikan persaingan yang hebat kepada jenama jenama lain seperti Motorola dan Samsung. Terutamanya dalam segmen peranti pintar kelas permulaan.

Didatangkan dengan 6 pilihan warna berbeza, anda boleh mula untuk membeli peranti pintar yang menarik ini dengan harga RM499 seunit di kedai atas talian mereka.

HUAWEI VMALL















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|