Rabu, 21 Mei 2014

SENI REKA - Xiaomi. Sekitar Majlis Pelancaran Mi Pad dan Mi TV2

Mungkin ada diantara kita yang tidak pernah mendengar nama - Xiaomi. Namun begitu, pada hari ini dengan pelancaran rasmi Xiaomi Mi3, pasti ramai yang sudah mula tergila gilakan produk mereka.



Bagi Rekareka, Xiaomi bukan sahaja berdiri atas identitinya sendiri melalui rekabentuk luaran peranti mereka. Tetapi, adunan sistem operasi Android mereka sendiri yang digelar MIUI itu memang diminati pengguna disebabkan antaramuka yang unik, minimal serta mudah untuk digunakan.



Walaupun CEO Xiaomi - Lei Jun pernah berpesan kepada pengguna supaya jangan menggelarkan mereka sebagai Apple China, namun jika anda amati daripada beberapa aspek seperti, dari segi penggayaan hubungan sosial mereka, kaedah pemasaran serta rekabentuk produk. Ada banyak persamaan yang anda boleh jumpa diantara Xiaomi dengan Apple.

Pada minggu lepas, Xiaomi telah melancarkan dua buah produk terbaru mereka yang memang sudah lama dinanti nantikan oleh peminat di Tanah Besar China. Salah satu produk tersebut ialah Mi Pad, yang mana ia memang menyerupai iPad Mini jika dilihat secara kasar.

Tag untuk peminat yang hadir, versi biasa

Tag untuk peminat, tempat duduk VIP. Ringkas dan minimal!

Tempat duduk khas bagi peminat Xiaomi


Produk kedua mereka pula adalah sebuah TV pintar janaan Android MIUI, yang beresolusi 4K, yang juga merupakan versi kedua bagi siri set teater rumah mereka. Ia digelar sebagai  Mi TV2.

Selepas melihat kiriman gambar yang diperoleh daripada forum rasmi mereka, (seperti ulasan Persidangan LINE tempoh hari) Rekareka tidak mahu bercerita panjang tentang majlis pelancaran tersebut. Anda lihatlah sendiri, bagaimana pendekatan rekaan yang baik, tidak kira sama ada dari segi rekaan grafik, rekabentuk produk serta cara penyampaian produk yang baik sememangnya membolehkan sesuatu jenama itu digemari ramai.

Mi TV2
  • Paparan 49" dengan resolusi 4K
  • Cip Pemprosesan MStar Empat Teras 1.45GHz
  • Cip Pemprosesan Grafik MALI450-MP4
  • RAM 2GB DDR3 

Harga yang ditawarkan adalah 3999 Yuan (RM2065)

Rekaan yang minimalis, ringkas dan nipis!

Hadir dengan paparan berdefinisi 4K.

Bagi menyokong paparan berdefinisi 4K, Mi TV2 dikuasakan oleh MALI450-MP4



Didatangkan bersama, set audio tersendiri (Dolby Audio)


Mi Pad
  • Paparan Skrin 7.9" dengan resolusi 2048 x 1536 (326 PPI)
  • Cip Pemprosesan NVIDIA Tegra K1 2.2GHz
  • Cip Pemprosesan Grafik 192 Kepler
  • Cip Storan 16GB atau 64GB (mampu dinaiktaraf dengan Kad SD Mikro sehingga 128GB. 

Didatangkan dengan pelbagai pilihan warna.

Seperti iPad Mini yang kita kenal

Add caption

Kamera belakang 8MP dan hadapan 5MP. Masing masing dengan bukaan apertur f/2.0



Jangka hayat bateri yang lebih lama!



Dijual dengan harga 1499 Yuan / RM773 (16GB) dan 1699 Yuan / RM876 (64GB).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|