Rabu, 14 Mei 2014

SENI REKA - TAPAUFest 2014. Festival Kolektif Kreatif Tahunan Malaysia


Bagi anda yang baru pertama kali mendengar TAPAUFest, ia adalah suatu acara tahunan yang dianjurkan sepenuhnya oleh kolektif kreatif tempatan, bagi memberikan satu platform kepada komuniti kreatif tanah air, untuk berkongsi bakat mereka kepada khalayak ramai.

Cuba untuk lari daripada kebiasaan pelbagai acara kreatif yang ada belakangan ini, TAPAUFest ingin menampilkan sepenuhnya identiti Malaysia kepada pengunjung yang hadir. Menurut mereka, selain daripada persembahan muzik, terdapat juga persembahan tradisional, tayangan filem dan juga bengkel pembelajaran yang mana boleh disertai oleh pengunjung.



Apa yang menarik, disebabkan TAPAUFest ingin mengetengahkan identiti Malaysia sepenuhnya. Dijangkakan pada acara tersebut, pelbagai jenama buatan tempatan akan turut serta bagi memeriahkan lagi acara. Jika anda perasan, suasana kreatif yang kita ada sekarang ini hampir serupa dengan apa yang berlaku ketika lewat tahun 2007 sehingga awal tahun 2009.

Festival TAPAUFest kali ini akan bertempat di Taman Botani di Bandar Georgetown, Pulau Pinang. Untuk pengetahuan anda, serentak dengan festival ini, satu rangkaian televisyen Indie yang digelar TAPAUtv akan turut sama diluncurkan sekali. Menurut mereka, TAPAUtv adalah satu saluran televisyen atas talian, yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada umum tentang komuniti kreatif anak muda tempatan.

Bagi mendokong budaya pendanaan khalayak (crowdfunding), TAPAUFest kini sedang dalam usaha mereka untuk mengumpul dana sokongan dari orang ramai. Menggunakan platform pendanaan khalayak tempatan - pitchIN, TAPAUFest kini sudah pun berjaya mengumpul RM13,080 daripada sasaran keseluruhan yang berjumlah RM85,000.

Masih berbaki lebih kurang 13 hari sahaja lagi, dengan serendah RM25, anda sudah pun boleh menjadi salah seorang penaja kepada festival ini. Jom sama sama sokong gerakan kreatif tempatan. Ayuh!

TAPAUFEST | Facebook










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|