Jumaat, 9 Mei 2014

SENI REKA - Persidangan LINE 2013, Tokyo


Kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda wilayah Tōhoku, Jepun pada Mac 2011 yang lepas telah mengakibatkan kaedah perhubungan konvensional melalui telefon -  terputus akibat kerosakan yang berlaku pada infrastruktur ibu sawat telekomunikasi.

Bertitik tolak daripada masalah itu, beberapa orang jurutera komputer dari syarikat NHN (Naver Corporation) telah membangunkan suatu sistem yang membenarkan pengguna untuk berhubung melalui kemudahan Internet semata mata. Hasilnya, lahirlah LINE pada bulan Jun tahun yang sama.

Walaupun hanya setelah 2 - 3 tahun daripada saat LINE pertama kali diluncurkan. Perisian komunikasi mudah alih ini sudah pun menjadi pilihan ramai pengguna peranti pintar di seluruh dunia. Untuk pengetahuan anda, sehingga bulan November 2013 yang lepas, LINE sudah pun mencatat jumlah pengguna berdaftar seramai seramai 300 juta orang.

Bagi Rekareka, sejauh mana pun tahap kebolehgunaan (usability) sesuatu perisian itu, ia pastinya tidak akan mendapat tempat di hati pengguna jika ia tidak direka dengan baik. Ini boleh dilihat dari beberapa aspek, sama ada dari segi grafik antaramuka penggunanya (UI) mahupun dari aspek pengalaman kepenggunaan (UX).



Jika anda pernah menggunakan LINE, pasti anda kenal akan rekabentuknya yang menggunakan warna hijau sebagai identiti utama serta beberapa personaliti unik yang diterjemahkan dalam bentuk karakter kartun. Sekali lihat, pendekatan ini tidaklah tampak berkesan pada awalnya, tetapi setelah beberapa ketika, LINE kini berdiri atas identiti mereka sendiri yang unik itu.

Bagi membolehkan LINE lebih dikenali dan rapat dengan para penggunanya. Satu persidangan telah diadakan pada bulan Ogos 2013 yang lepas. Rekareka tidak mahu mengulas panjang hal ini, tetapi kepada pembaca, cuba anda kaitkan apa yang telah kita bincangkan tadi dengan gambar gambar disekitar seminar tersebut di bawah ini.

Menarik bukan?

LINE OLEH NAVER




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|