Jumaat, 16 Mei 2014

SENI REKA - Gyenno One. Pemain Baru dalam arena Jam Tangan Pintar Dunia


Banyaknya produk pintar yang lahir daripada inisiatif pendanaan khalayak seperti di Kickstarter dan Indiegogo selalunya dikilangkan di Bandar Shenzen, China sebelum dihantar semula ke Amerika Syarikat untuk dipasarkan.

Jika anda secara serius membuat kajian tentang bagaimanakan cara untuk merealisasikan produk rekaan anda secara pukal dan murah, terutamanya produk berkaitan teknologi terkini, pasti nama bandar yang sedang pesat membangun ini akan terpacul dalam hasil kajian anda.

Pasaran peranti pintar boleh pakai yang mula meletup pada pertengahan tahun lepas nampaknya masih tidak lagi menunjukkan tahap ketepuannya. Pelbagai pemain baru, terutamanya nama nama besar dalam sektor teknologi dunia, sudah turut sama hadir dengan produk mereka sendiri. Rekareka ada menulis berkenaan hal ini pada awal Januari dahulu. Anda boleh baca di sini.



Agak berbeza dengan produk yang pernah ada sebelum ini, Gyenno One merupakan rekaan anak jati Shenzen sendiri dan terus dikilangkan di sana. Maka tidak hairanlah, harga yang ditawarkan bagi seunit Gyenno One amat murah berbanding pesaing yang lain.

Seperti biasa, selain daripada fungsi jam dan waktu, Gyenno One beroperasi sepenuhnya sebagai perantara diantara pengguna dengan telefon pintar mereka sendiri melalui teknologi Bluetooth Bertenaga Rendah 4.0 (BLE). Paparan emel, kalendar, fungsi menjawab panggilan adalah merupakan diantara fungsi utama yang ditawarkan oleh peranti ini.

Berfungsi juga sebagai penjejak kecergasan. Gyenno One boleh merekod pergerakan anda setiap hari dalam bentuk langkahan kaki, lalu memberikan maklumat akhir tentangnya dalam format jumlah kalori yang dibakar. Selain daripada itu, peranti ini juga boleh merekod waktu tidur anda dan menjangka pola masa tidur yang terbaik untuk anda.



Apa yang menarik, nampaknya para pendokong teknologi terkini di Shenzen sudah pun menerima sepenuhnya rekaan produk industri yang betul betul minimal serta ringkas. Lihat sahaja reka bentuk Gyenno One ini, langsung tidak ada sebarang butang untuk ditekan.

Oleh hal yang demikian, bagi membolehkan ia dihasilkan tanpa sebarang butang, maka peranti ini perlu dikawal dengan sentuhan sahaja. Di sinilah lahirnya pendekatan sentuhan yang digelar mereka sebagai TapTap.

Dari segi bateri dan jangka hayat kuasa pula. Gyenno One boleh bertahan selama 15 hari dengan sekali caj sahaja. Terima kasih kepada teknologi pengecajan tanpa wayar Qi yang ditawarkan industri teknologi semasa, Gyenno One boleh dicaj tanpa memerlukan sebarang sambungan wayar.

Buat masa ini, walaupun masih berbaki 6 hari. Cubaan mereka bagi mendapatkan sokongan dana dari orang ramai sudah pun tercapai dengan jumlah kutipan wang sebanyak RM505,384.28. Untuk anda yang berminat untuk memiliki jam tangan pintar ini. Gyenno One boleh didapati terus melalui laman web pendanaan khalayak Pozible dengan harga (yang masih ada) RM311 seunit.

GYENNO ONE | Pozible











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|