Sabtu, 10 Mei 2014

SENI REKA - Dangerdust. Berkarya Melalui Medium Kapur dan Papan Hitam


Terdiri daripada dua orang pelajar sarjana dalam bidang Pengiklanan dan Rekaan Grafik di Columbus College of Art and Design, Dangerdust merupakan pasangan Duo yang yang menghasilkan karya yang hebat melalui medium kapur dan papan hitam setiap minggu di kolej mereka.

Tiada siapa pun tahu identiti mereka yang sebenar kerana semua karya yang dihasilkan mereka dibuat pada waktu malam di dalam bilik kuliah yang kosong.

Apa yang menarik, menurut salah seorang daripada mereka, kadangkala jadual kelas yang padat, masa kerja kursus dan projek yang panjang membuatkan mereka hilang daya motivasi dan idea. Oleh itu, sebagai satu eskapisme lahirlah Dangerdust.

Lihat sahajalah gambar gambar di bawah ini. Ia pasti dapat memberikan inspirasi kepada anda untuk melakukan sesuatu yang "lain" daripada rutin kebiasaan anda.

DANGERDUST Twitter | Tumblr | Instagram
































Sumber: Viralnova & CCAD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|