Selasa, 27 Mei 2014

SENI REKA - 30 Contoh Rekaan Antaramuka Pengguna yang Minimal


Beberapa tahun lepas, ramai yang beranggapan rekaan minimalis, rata dan ringkas mungkin tidak dapat diterima secara meluas oleh pengguna. Namun begitu, pada hari ini, tahun 2014, kita dapat menyaksikan hampir kesemua pengeluar utama dalam industri, telah pun menggunapakai konsep antaramuka minimal secara total.

Komuniti pereka grafik secara umumnya, telah pun mula beralih arah daripada rekaan antaramuka pengguna yang menyerupai keadaan sebenar sesuatu objek itu (skeumorfisme), kepada sesuatu yang lebih ringkas dan mudah.

Warna pastel, bayang bayang, susunan dalam grid dan juga efek kabur adalah beberapa contoh trend popular dalam rekaan antaramuka pengguna yang kini semakin mendapat perhatian ramai. Pada artikel kali ini, Rekareka ingin berkongsi 30 contoh antaramuka ringkas yang cantik, yang mungkin anda boleh jadikan sebagai inspirasi dalam rekaan anda.
































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|