Selasa, 20 Mei 2014

SENI BINA - Rumah Pengasas Bersama Vimeo, Zach Klein. Inspirasi Minimal dan Kemas.


Selain menjadi pengasas bersama CollegeHumor dan laman web perkongsian video popular Vimeo. Zach Klein juga adalah pemangku CEO bagi sebuah inisiatif kreatif internet iaitu DIY. Di samping itu, isteri beliau iaitu Courtney Klein turut ada mengusahakan satu kedai atas talian yang menjual pakaian wanita hamil dengan label Storq.

Jika diamati rekabentuk rangkaian laman web yang mereka asaskan, tidak hairanlah pasangan suami isteri ini pasti mempunyai citarasa rekaan yang terkini yang moden, ringkas dan minimal.

Pada slot Seni Bina kali ini, Rekareka ingin berkongsi inspirasi rekaan dalaman, rumah pasangan kreatif ini, yang mungkin anda boleh jadikan sebagai panduan untuk menghias rumah anda. Selamat mencuba!















Rujukan: Pregnancy Style: Storq’s Courtney Klein

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|