Khamis, 1 Mei 2014

SENI BINA - Rekaan Restoran KFC Minimalis di Iceland

Iceland merupakan sebuah negara pulau yang terletak di kawasan Lautan Artik berhampiran Atlantik Utara. Cukup dikenali dengan pancuran geiser dan lanskap semulajadi yang menakjubkan, negara Nordic ini juga popular dengan rekaan seni bina bangunannya yang unik.


Jika anda cuba Google - senibina Iceland dalam kotak carian imej, pasti anda akan temui gambar gambar bangunan yang mempunyai senibina yang ringkas, bersegi dan minimalis, tetapi dalam masa yang sama kelihatan tegap - hasil penggunaan bahan binaan batu bata yang besar.

Apa yang menarik, identiti rekabentuk senibina ini telah membuatkan syarikat makanan segera popular dunia iaitu KFC, terpaksa akur dan mematuhi tradisi rekabentuk tersebut.

Terletak di Keflavik, sebuah bandar perikanan di barat daya Iceland, restoran KFC ini telah direka oleh tetuan arkitek PK Arkitektar - khusus untuk menampilkan ciri ciri senibina Iceland yang minimalis seperti yang kita bincangkan tadi.

Berbentuk segi empat tepat dan berkotak kotak, bangunan restoran KFC ini terdiri daripada 3 bahagian blok yang berbeza. Blok yang paling luas dan terletak paling hujung merupakan ruang makan bagi pelanggan, manakala yang dua selebihnya itu, dikhaskan untuk ruang pesanan pandu lalu serta ruang bagi pencahayaan.

Kemasan luar restoran ini, ditatahias dengan susunan jubin berwarna coklat gelap bagi menonjolkan efek kemas dan bersih pada permukaan luarnya. Dibahagian belakang restoran ini pula, satu ruang dinding khas telah dipasangkan tingkap kaca yang besar bagi membolehkan pelanggan menikmati pemandangan pantai sambil menikmati ayam goreng!.

Menarik bukan?









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|