Selasa, 27 Mei 2014

SENI REKA - 30 Contoh Rekaan Antaramuka Pengguna yang Minimal


Beberapa tahun lepas, ramai yang beranggapan rekaan minimalis, rata dan ringkas mungkin tidak dapat diterima secara meluas oleh pengguna. Namun begitu, pada hari ini, tahun 2014, kita dapat menyaksikan hampir kesemua pengeluar utama dalam industri, telah pun menggunapakai konsep antaramuka minimal secara total.

Komuniti pereka grafik secara umumnya, telah pun mula beralih arah daripada rekaan antaramuka pengguna yang menyerupai keadaan sebenar sesuatu objek itu (skeumorfisme), kepada sesuatu yang lebih ringkas dan mudah.

Warna pastel, bayang bayang, susunan dalam grid dan juga efek kabur adalah beberapa contoh trend popular dalam rekaan antaramuka pengguna yang kini semakin mendapat perhatian ramai. Pada artikel kali ini, Rekareka ingin berkongsi 30 contoh antaramuka ringkas yang cantik, yang mungkin anda boleh jadikan sebagai inspirasi dalam rekaan anda.
































Isnin, 26 Mei 2014

SENI REKA - 25 Contoh Penjenamaan Produk yang Kreatif


Sebelum ini, proses penjenamaan seringkali diambil mudah oleh kebanyakkan syarikat usahawan tidak kira lama atau pun baharu. Tetapi, sejak akses kepada maklumat semakin mudah hari ini. Sudah ada yang mula melalukan penjenamaan semula terhadap imej syarikat atau produk mereka.

Ada sesetengah syarikat atau pun organisasi akan melalukan proses ini peringkat demi peringkat, dan ada juga yang melakukan perubahan meyeluruh dalam sekali harung sahaja. Dalam artikel kali ini, Rekareka ingin berkongsi, beberapa contoh penjenamaan yang menarik yang mungkin anda boleh jadikan ia sebagai inspirasi.




























|