Rabu, 2 April 2014

SENI REKA - Thermodo. Termometer Kecil 3.5mm Untuk Peranti Pintar Anda

Dengan menggabungkan teknologi sensor serta kemampuan memproses data melalui aplikasi yang ditulis khusus, Robocat - syarikat pembangun aplikasi telefon pintar dari Denmark telah hadir dengan sebuah termometer kecil yang mampu memberikan bacaan suhu apabila dipadankan dengan telefon anda.



Mereka yang sebelum ini terkenal dengan aplikasi kaji cuaca Haze, telah menggelarkan termometer ini sebagai Thermodo. Peranti kecil yang sebenarnya sebuah sensor suhu elektronik ini, direka khas supaya boleh dipadankan dengan telefon pintar melalui laluan input 3.5mm.

Bagi mengakses maklumat daripada termometer ini, ia perlulah digunakan bersama sama dengan aplikasi khas yang boleh dimuat turun secara percuma di AppStore mahupun Google Play.

Untuk pengetahuan anda, Thermodo diluncurkan dalam dua versi iaitu - biasa dan premium. Kedua dua versi tersebut berfungsi dengan cara yang sama, cuma material yang digunakan adalah berbeza.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan termometer kecil ini, anda boleh terus membelinya melalui laman web mereka dengan harga USD$30 / RM99 bagi versi biasa atau USD$45 / RM147 bagi versi premium.

THERMODO




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|