Selasa, 15 April 2014

SENI REKA - Johammer J1. Motosikal Elektrik Dinspirasikan daripada Bentuk Sotong


Beberapa bulan lalu, Rekareka pernah membawakan artikel berkenaan  basikal elektrik yang mana sesuai dan efektif untuk kegunaan dalam bandar. Baru baru ini, sebuah syarikat permotoran daripada Austria iaitu Johammer, telah meluncurkan motosikal berkuasa elektrik mereka yang digelar sebagai J1.

Walaupun namanya begitu ringkas - J1, tetapi, rekabentuknya amat berbeza sekali jika dibandingkan dengan produk produk motosikal elektrik yang ada dalam pasaran. Mana tidaknya, menurut laman web Wired (dimana artikel ini mula mula dilihat), motosikal ini dibina berdasarkan inspirasi fizikal daripada seekor sotong.

Disebabkan ia menggunakan tenaga elektrik bagi menggerakkan enjinnya, maka tenaga yang dihasilkan adalah sekitar 14 kuasa kuda sahaja. Namun begitu, walaupun ia tidaklah selaju motosikal konvensional yang lain, tetapi disebabkan rekabentuknya yang unik, pasti ia akan menjadi perhatian ramai apabila ditunggang dalam kawasan bandar.



Didatangkan dalam dua variasi berbeza. J1.150 mempunyai kapasiti bateri 8.3 Kilowatt per jam yang mana boleh digunakan dengan jarak relatif sejauh 150 Kilometer dengan sekali caj. Manakala bagi model J1.200, kapasiti baterinya pula adalah sebanyak 12.7 Kilowatt per jam yang mana boleh digunakan untuk jarak relatif sejauh 200 Kilometer.

Dengan kaedah pemanduan Auto seperti skuter. J1.150 dan J1.200 masing masing dijual dengan harga USD$32,000 (RM102,900) dan USD$35,000 (RM113,700) seunit.

JOEHAMMER J1









Rujukan: Wired.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|