Rabu, 9 April 2014

SENI REKA - Dot Kuantum. Teknologi Mengecaj Penuh Bateri dalam 30 Saat Sahaja


Jika anda seseorang yang lahir pada era lewat 80 an, dan awal 90 an, pasti anda mengikuti perkembangan bateri mudah alih bagi peranti peranti elektronik yang sentiasa berubah mengikut perkembangan teknologi.



Seperti kebiasaan, jika sebelum ini kemajuan teknologi dunia selalunya akan dipelopori oleh industri pertahanan, namun dengan kepesatan pergerakan maklumat yang kita ada sekarang, perkembangan tersebut lebih mudah terkongsi kepada segenap masyarakat.

Baru baru ini, sebuah syarikat usahawan baru dari Israel - StoreDot, telah berjaya hadir dengan teknologi pengecasan bateri yang pantas, di mana menurut mereka, teknologi yang digelar sebagai Dot Kuantum ini, mampu mengecaj penuh sebuah telefon pintar dalam masa hanya 30 saat sahaja.

Untuk pengetahuan anda, teknologi Dot Kuantum adalah satu teknologi yang dicipta berasaskan partikel partikel bersaiz nano yang mempunyai ciri ciri penyimpanan caj elektrik yang lebih efisien berbanding teknologi konvensional.

Walaupun buat masa ini ia masih lagi dalam fasa prototaip, namun menurut StoreDot, produk sulung mereka dijangka akan hadir pada akhir tahun 2016.

STOREDOT



Rujukan: Popular Science


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|