Khamis, 10 April 2014

SENI REKA - Ciptaan Baru daripada Land Rover. Bonet Depan Lut Sinar


Perlaksanaan teknologi visual moden kini sudah mula memasuki sektor automotif secara serius.
Pengeluar kereta negara juga, seperti Proton dan Perodua sudah sedia ada menawarkan pilihan papan pemuka berskrin LCD yang menyokong paparan kamera unduran belakang bagi meningkatkan lagi pengalaman pengguna ketika memandu.

Beberapa minggu yang lepas, paparan visual juga sudah mula diketengahkan sebagai pengganti tingkap konvensional di dalam kokpit pesawat. Kini, Land Rover pula cuba untuk hadir dengan konsep yang serupa, iaitu Bonet Depan Lut Sinar.



Digelar sebagai konsep Discovery Vision, pemandu dapat melihat kawasan titik buta laluan mereka melalui pancaran skrin di bahagian bawah cermin hadapan kereta. Efek pancaran ini membolehkan penglihatan pemandu seolah olah melihat "menembusi" bahagian bonet depan kereta mereka.

Untuk pengetahuan anda, pada paparan itu juga, pemandu dapat mengetahui beberapa maklumat tambahan yang lain seperti darjah kecerunan kawasan laluan, darjah belokan tayar hadapan, status 4WD, status 2WD dan juga kelajuan semasa.

Disebabkan Land Rover merupakan jenama kenderaan khusus bagi laluan lasak, maka paparan ini lebih bersifat memudahkan pemandu mengelola kenderaan pada keadaan keadaan tertentu. Namun begitu, tidak mustahil, teknologi seperti ini akan diperluaskan kelak kepada model model umum yang lain.

LAND ROVER DISCOVERY VISION



Sumber: Wired.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|