Khamis, 24 April 2014

SENI REKA - Casper. Teknologi Tilam Komposit Moden Yang Unik


Belakangan ini, kita seringkali membaca berita tentang munculnya pelbagai syarikat usahawan teknologi baharu, di dalam mahupun di luar negara. Jika anda sering membaca artikel yang dibawakan oleh Rekareka sebelum ini, pasti anda sudah terbayang beberapa nama popular seperti Thermodo, Pebble dan juga Gramovox. Namun begitu, agak jarang sekali bagi kita untuk mendengar tentang syarikat usahawan yang diasaskan untuk menjual tilam.



Disebabkan satu pertiga (1/3) daripada hayat manusia dihabiskan untuk tidur, maka kita sepatutnya mengetahui bagaimanakah cara untuk tidur dengan betul dan teratur.

Menyedari pasaran tilam semasa di Amerika Syarikat sedang berada dalam keadaan yang agak teruk (tilam yang berkualiti dijual dengan harga yang tidak munasabah), maka menurut pengasas Casper - Philip Krim, telah cuba untuk menghasilkan tilam yang lebih murah dari segi kos pembuatan tetapi lebih baik dari segenap segi jika dibandingkan dengan tilam tilam yang lain.

Dengan menggabungkan lapisan Lateks di lapisan paling bawah Casper dan juga lapisan span lembut berongga di bahagian atasnya, Krim telah berjaya menghasilkan sebuah tilam yang bersifat tidak memerangkap haba serta empuk seolah olah tidur di atas lapisan awan.

Selain daripada itu, bagi membolehkan Casper memenangi persaingan dengan nama nama besar pembuat tilam yang lain. Krim telah merubah kaedah penjualan tilamnya dengan menjual terus tilam tersebut kepada pelanggan tanpa melalui orang tengah dan juga pasaraya. Dengan cara ini, Casper dapat dijual dengan harga bermula daripada USD$500 (RM1,633) seunit berbanding jenama popular lain yang jauh lebih mahal.

Apa yang menarik, hasil gabungan dua material tadi, Casper dapat dilipat dan dimasukkan ke dalam kotak bagi memudahkan proses penghantaran dan pemunggahan ke rumah pembeli. Selain daripada itu, menurut Krim lagi, jika dalam tempoh masa 40 hari anda tidak berpuas hati dengan kualitinya. Tilam tersebut boleh dihantar semula dan wang anda akan dikembalikan.

CASPER







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|