Isnin, 14 April 2014

SENI REKA - Boom Boom. Pembesar Suara Minimalis Tanpa Wayar


Boleh dikatakan pasaran pembesar suara mudah alih sudah hampir sampai kepada fasa tepu. Terutamanya, apabila pasaran semasa dibanjiri produk ciplak daripada Tanah Besar China yang mengetengahkan rekaan serupa, tetapi pada harga yang lebih murah.

Namun begitu, jika anda perhatikan, terdapat satu ruangan pasaran yang masih lagi tidak terganggu. Sektor pasaran ini, selalunya diisi dengan produk produk premium yang, walaupun harganya mahal, namun tahap kualitinya jauh berbeza jika dibandingkan dengan produk yang kita bincangkan tadi.



Mengambil inspirasi daripada alam semulajadi, pembesar suara Boom Boom daripada Binauric ini merupakan hasil tangan rekaan pereka produk dari Perancis iaitu Mathieu Lehanneur yang terkenal dengan pelbagai idea rekaan produk kontemporari yang menarik.

Untuk pengetahuan anda, disebabkan produk ini tidak mempunyai skrin paparan, maka sebarang interaksi pengguna dengan pembesar suara ini, akan diselang selikan dengan suara manusia dalam beberapa bahasa pilihan. Sebagai contoh, jika kuasa bateri sudah lemah, Boom Boom dengan sendirinya akan mengingatkan pengguna dengan notifikasi suara.

Selain daripada itu, ciri ciri biasa seperti kawalan pemain muzik, kawalan suara dan juga Bluetooth boleh diakses melalui papan sesentuh minimalis yang disediakan. Apa yang menarik, Boom Boom direka khusus untuk menerima kemas kini akan datang yang dijangka akan membolehkan kawalan dilakukan menggunakan gerakan tangan. Tambah mereka lagi, walaupun ianya bersaiz kecil, kualiti suara yang dikeluarkan setanding dengan pembesar suara yang lebih besar.

Jika anda menggemari konsep yang diketengahkan Binauric ini, Pembesar Suara Boom Boom boleh didapati dalam tiga jenis warna iaitu Putih, Coklat dan juga Hitam melalui laman web mereka dengan harga €199.00 (RM1080) seunit.

BOOM BOOM BINAURIC 






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|