Selasa, 1 April 2014

SENI REKA - Batterybox. Bank Bateri Minimalis Ekslusif untuk Pengguna MacBook

Siri komputer riba MacBook memang sedia terkenal dengan jangka hayat baterinya yang panjang. Terutamanya model MacBook Air baharu yang mana mempunyai hayat bateri yang mampu bertahan sehingga 12 jam dengan sekali caj sahaja.

Namun begitu, bagi penggunaan tugas tugas yang berat seperti suntingan video atau pengadunan audio, mungkin jangka hayat 12 jam tadi akan menjadi lebih pendek. Maka, oleh sebab itu, lahirlah Batterybox, sebuah bank bateri minimalis yang pintar.

Mengapa ia dikategorikan sebagai "Pintar"? Menurut penciptanya, disebalik bekas berwarna hijau itu, sebuah sistem operasi yang digelar sebagai BatteryOS, telah dikhususkan bagi mengawal proses pengecasan bateri. Hasilnya, kapasiti bateri tidak akan berkurangan walaupun proses mengecaj dan nyahcaj telah dilakukan sebanyak 5000 kali.

Mempunyai kapasiti sebanyak 50Whr / 12,000 mAh, Batterybox mampu mengecaj penuh 8 buah iPhone ataupun sebuah MacBook Air dalam satu satu masa. Selain daripada itu, dengan penggunaan teknologi bateri generasi baharu, berat bank bateri minimalis ini hanyalah sekitar 250 Gram sahaja, jauh meninggalkan bank bank bateri konvensional yang ada dalam pasaran.

Batterybox dijangka akan mula dipasarkan pada musim luruh tahun ini (Ogos 2014) dengan harga USD$139 / RM453 seunit (jaminan 5 tahun).

BATTERYBOX

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|