Selasa, 22 April 2014

REKA SEMULA - Aplikasi Maybank2U Diberi Nafas Baru. Ringkas dan Minimal


Walaupun antaramuka iOS sudah diberi pendekatan yang ringkas dan minimal sejak versi ke tujuhnya pada tahun lepas. Aplikasi perbankan terkemuka Malaysia iaitu Maybank2U masih lagi mengekalkan rekabentuk mereka yang lama dan agak ketinggalan zaman.

Menyedari hal ini, seorang pereka grafik dari Kuala Lumpur yang bernama Firdaus Adam cuba untuk hadir dengan konsepnya yang tersendiri. Mungkin bagi beliau, sebagai seorang penggiat seni grafik - rekabentuk sedia ada Maybank2U itu amat menyakitkan mata dan perlukan suatu perubahan segera.

Dengan mempraktikkan rekaan yang ringkas, warna pastel yang lembut dan juga muka taip yang lebih moden, Firdaus telah berjaya menghasilkan satu siri rekaan semula aplikasi Maybank2U yang lebih baik daripada versi asalnya.

Menarik bukan?

MAYBANK2U


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|