Khamis, 27 Mac 2014

SENI REKA - Z-2. NASA Anjurkan Undian Prototaip Sut Angkasa Baharu Mereka

Selepas rekaan sut angkasa Z - 1 menerima reaksi positif daripada orang awam, NASA kini sudah berada dalam rangka akhir mereka bagi menghasilkan platform sut yang benar benar boleh dipakai ketika misi penerbangan angkasa. Dengan gelaran Z - 2, dijangka sut baru ini bakal mempunyai beberapa ciri termaju yang pernah dibangunkan bagi sut angkasa.

Antara ciri tersebut adalah;

1) Penggunaan pengimbas 3D bagi memetakan saiz badan angkasawan serta penggunaan pencetak 3D bagi mencetak sut tersebut bagi tujuan pembangunan material.

2) Penggunaan struktur bahan komposit bagi komponen sut di bahagian dada dan perut angkasawan.

3) Pengaplikasian penuh "Suit Port" (sistem pemakaian sut angkasa segera NASA).

Hasil usahasama di antara Philadelphia University dan juga ILC, sut ini direka dengan ketahanan yang tinggi terhadap sebarang geseran dan koyakan akibat benda tajam. Selain daripada itu, Z - 2 juga direka khas dengan lapisan elemen rekaan yang tidak pernah diketengahkan sebelum ini.

Apa yang menarik, suatu undian atas talian juga telah dimulakan oleh NASA bagi membolehkan orang ramai memberikan pandangan mereka. Bagi anda yang ingin menyertai undian tersebut, ia kini telah pun dibuka dan akan berlangsung sehingga 15 April tahun ini.

NASA Z - 2

Pilihan A: Biomimicry

Pilihan B: Technology

Pilihan C: Trends in Society

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|