Rabu, 12 Mac 2014

SENI REKA - Wake Up & Smell The Bacon. Konsep Jam Penggera Alternatif yang Unik

Sebagai salah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri makanan di Amerika Syarikat. Oscar Mayer, baru baru ini telah melancarkan produk terbaru mereka yang unik, selari dengan industri yang mereka ceburi. Bukan makanan, tetapi alat penggera yang diinspirasikan daripada bau bauan bakon.

Jika sebelum ini Oscar Mayer pernah hadir dengan pek protein semula jadi yang begitu inovatif jika dibandingkan dengan pesaingnya. Begitu jugalah halnya dengan alat penggera mereka yang baru ini.

)

Wake Up & Smell The Bacon merupakan suatu peranti tambahan yang hanya perlu dipasang pada iPhone anda bagi membolehkan ia berfungsi sebagai jam penggera di waktu pagi. Mungkin dengan sekali pandang, peranti tambahan ini disalah anggap sebagai pembesar suara, namun apa yang membuatkan ia unik adalah, peranti ini akan mengeluarkan bauan bakon bagi mengejutkan pengguna di waktu pagi.

Untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada bakal penggunanya, terdapat aplikasi khas yang direka khusus untuk peranti ini.

Bagi masyarakat barat, bau bakon begitu sinonim dengan sarapan pagi mereka, maka tidak hairanlah, jika ia mampu memberi isyarat yang efektif kepada otak untuk bingkas bangun di waktu pagi.



Mungkin satu hari nanti, idea dan peranti ini akan diperluaskan ke seluruh dunia dengan kepelbagaian pilihan bau bauan sarapan pagi mengikut ciri ciri masyarakat masing masing.

Menarik bukan?

WAKE UP & SMELL THE BACON

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|