Khamis, 6 Mac 2014

SENI REKA - Spokojan. Ubat Nyamuk Lingkaran Yang Memikat dan Membunuh Nyamuk Serentak daripada Universiti Malaya

Seringkali kandungan ubat nyamuk lingkaran diragui kandungannya dan keberkesanannya. Malah ia juga dikhuatiri akan memudaratkan pengguna dalam jangka masa yang panjang. Sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur telah hadir dengan inovasi terbaru mereka berdasarkan produk yang boleh dikatakan agak tradisional ini.

Digelar Spokojan, ubat nyamuk lingkaran ini, menurut mereka mampu memikat nyamuk supaya datang hampir ke lingkaran tersebut dan dalam masa yang sama membunuh mereka.

Dengan skala wabak Denggi yang melanda kawasan Lembah Klang sekarang, nampaknya mungkin pendekatan untuk membunuh kawanan nyamuk secara efektif yang bersarang dalam rumah anda sudah pun dijumpai. Spokojan yang menggunapakai gabungan bauan Feromon dan racun pembunuh nyamuk seperti Permerthrin ini dikatakan yang pertama seumpamanya di dunia.



Kajian makmal yang dijalankan sepanjang proses penyelidikan membuktikan, nyamuk sanggup untuk terbang hampir ke lingkaran Spokojan kerana bau Feromon. Hasilnya, jutaan nyamuk telah berjaya dibunuh.

"Naluri haiwan dan serangga ini secara semulajadi akan tertarik kepada feromon. Contoh seperti kita memakai wangian bukan sahaja bau wangi tetapi ia mempunyai suatu bau yang unik. Kajian di negara luar feromon digunakan untuk serangga lain dan kami melihat potensi itu untuk nyamuk," ujar Profesor Sazaly yang merupakan penyelidik kajian ini.

Apa yang menarik, tambah Profesor Sazali lagi, beliau ingin memasarkan Spokojan dengan pasu khas yang direka untuk menjadi stesyen ubat nyamuk ini dimana, dengan rekaan yang bebentuk pasu tersebut, risiko kebakaran dapat dielakkan. Disamping itu, abu yang terhasil akibat pembakaran ubat nyamuk akan terus tersimpan dalam pasu itu.

Menarik bukan?

Rujukan: Astro Awani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|