Rabu, 19 Mac 2014

SENI REKA - Moto 360 dan juga LG G. Dua Peranti Boleh Pakai Janaan Android Wear Baharu!


Sejurus beberapa ketika Android Wear diumumkan. Nama nama besar yang Rekareka sebutkan sebentar tadi, yang dikhabarkan turut bekerjasama dengan Google dalam projek pembangunan Android Wear, telah pun mengumumkan peranti baharu masing masing.

Moto 360



Merupakan antara rakan kongsi terawal dalam Projek Android Wear sebelum ianya dibeli oleh Lenovo. Moto 360 adalah jam tangan pintar yang mempunyai bentuk muka bulat khusus bagi pasaran pengguna yang mahukan gaya fesyen yang elegan dan klasik. Oleh hal yang demikian, bahan buatan Moto 360 ini adalah lebih mahal dan bersifat premium.

Namun begitu, daripada segi fungsi dalamannya, ia masih lagi mengekalkan ciri ciri utama yang terdapat pada Android Wear.

LG G



LG bukanlah satu nama yang asing terutamanya apabila sudah dua siri telefon pintar Nexus dikeluarkan oleh mereka dibawah seliaan Google sendiri. Mengguna pakai Android Wear sebagai asas jam tangan ini. LG G Watch merupakan satu lagi produk perintis bagi sistem operasi baru ini.

Buat masa ini, spesifikasi LG G masih lagi belum diwartakan kepada umum, namun dijangkakan, fungsi fungsi asas yang ada pada Android Wear akan disertakan sekali dalam jam tangan ini seperti "OK Google".

*bagi anda yang baru sahaja mengikuti artikel ini, Rekareka sudah pun menulis perihal Android Wear pada artikel sebelumnya. Anda boleh baca di SINI.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|